Menyedihkan,tapi ni lah hakikatnye. Mesir,sebuah negara Islam yang letaknye berjiran ngan Libya,Sudan,Arab Saudi,Palestin,dan banyak negare Islam lain secara terang-terangan bersekongkol dengan si celake Israel dalam menzalimi penduduk Islam di Palestin. Terbaru,pihak Mesir telah bertindak menyekat bantuan kemanusiaan 'Viva Palestina' (panjang umur Palestin) ke Palestin,27 Disember lalu.
Hanye selepas berlaku pertempuran dengan polis pencegah rusuhan Mesir dan ade yang ditangkap,barulah konvoi bantuan kemanusiaan ni dibenarkan masuk ke Gaza. Tu pun lepas macam2 masalah yang dicetuskan negara Arab seperti Jordan dan Mesir sendiri,serta berbagai-bagai sekatan yang dikenakan Mesir.
Sebenarnye,konvoi kemanusiaan ni bermula lebih sebulan dah,yakni 5 Disember,dari kota London dan dirancang dapat masuk ke Gaza pada 27 Disember,sebagai memperingati ulang tahun pertama serangan si celaka Israel ke atas rakyat Palestin,yang menyebabkan 1400 nyawa rakyat Palestin melayang serta pelbagai kemusnahan lain.
Konvoi Kemanusiaan 'Viva Palestina'
Tapi disebabkan tindak tanduk Mesir yang menyekat itu dan ini,rombongan ni hanya dibenar masuk pada 7 Januari lalu,iaitu selepas dekat2 sebulan dah konvoi dimulakan. Untuk pengetahuan,konvoi ni mencipta sejarah kerana ni lah pertama kali bantuan kemanusiaan,dari 42 negara dan melibatkan 210 trak sarat dengan bekalan,dibenarkan masuk ke Gaza. Sedih btol.
Ak tau bunyinya macam agak kejam,tapi ni la realitinya. Perbuatan biadap Mesir ni,walaupun telah dikritik hebat,tetap sukar dipercayai,apa lagi dimaafkan. Apa sebenarnya motif pihak Mesir ni pun,kurang pasti lak,sampai sanggup menganiaya saudara seagama sendiri. Bila difikirkan,Mesir ni seolah-olah menjadi pengkhianat lak,mengkhianati Palestin yang menjadi jirannya,mengkhianati penduduk Palestin yang rata-ratanya beragama Islam,dan mengkhianati kepercayaan dunia Islam terhadapnya yang mengharapkan Mesir membela nasib penduduk Palestin yang dizalimi si celaka Israel serta sekutunya Amerika. Macam mane ntah Mesir ni bleh berkawan ngan Israel si celaka tu aa? Apa yang difikirkannya? Teruk betul.
Hari tu,Mesir ni dilaporkan lak nak bina dinding besi kat bawah tanah,bagi menghalang penduduk Gaza buat terowong bawah tanah menyeberangi sempadan kedua-dua negara. Melampau betul la. Tak sian ke kat penduduk Gaza tu? Dah la kena bom sana sini,bantuan makanan dan keperluan payah sekali nak dapat,pastu nak sekat lak terowong bawah tanah,laluan yang menjadi sumber kemasukan bekalan makanan dari luar.. Kejam sungguh..
Kalau kite ingat balik sejarah dulu,Mesir ni merupakan sebuah negara Islam yang kuat,disegani musuh2 Islam,serta disanjung tinggi kerajaan Islam lain kerana peranannya. Zaman Kerajaan Islam di Mesir pada zaman pemerintahan bani Abbasiyah dulu telah membuktikannya,dengan peranan Sultan Saifuddin Qutuz yang memenangi peperangan menentang tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan,serta peranan tokoh Sultan Salahuddin al-Ayubi menentang tentera Salib dalam Perang Salib di Hittin pada tahun 1187. Zaman Abbasiyah di Mesir amatlah dikagumi kerana telah membawa pembaharuan kepada perkembangan Islam serta ilmu pengetahuan.Hal ini seterusnya telah menjadi titik tolak kepada kelahiran ramai ilmuan Islam terkemuka seperti Al-Razi,Ibnu Sina dan Al-Khawarizmi pada zamannya.
Pendek kata,Mesir dulu banyak menyumbang kepada perkembangan tamadun Islam serta disegani musuh2 Islam kerana keberaniannya membela nasib negara2 Islam lain.Sebagai contoh,ketika Baghdad ditawan tentera Mongol oleh Hulagu Khan pada tahun 1258, Kerajaan Islam Mesir telah membantu menuntut bela dengan menumpaskan musuh Islam itu kemudiannya,iaitu pada tahun 1260 di bawah pimpinan sultan Mesir itu sendiri,iaitu Sultan Saifuddin Qutuz. Pada zaman Salahuddin al-Ayubi lak,Baitulmaqdis berjaya ditawan semula dari pemerintah Kristian ketika itu,Guy de Lusignan pada tahun 1187. Ni sume menunjukkan bahawa suatu masa dulu,Mesir pernah menjadi pembela kepada umat Islam serta kerajaan Islam yang lain.
Tapi sekarang,Mesir lak yang jadi penghalang utama kepada kerajaan Islam yang dizalimi,Palestin. Bukan saje tak tolong,tapi siap bleh sekat lagi bantuan dari masuk.Siap bleh bersekongkol lagi ngan si celaka Israel lak tu,a.k.a. puak Yahudi yang terang2 menentang Islam.Mungkin gak sume ni kesan daripada Perjanjian Camp David dulu tu kot,tapi tak tau la jugak. Mungkin ada perjanjian lain yang dimeterai antara Mesir ngan si celaka Israel tu.Walau ape pun, mesti ade pape yang mendorong Mesir sampai sanggup wat gini,dan aku x peduli nape pun alasan dia. Walau ape pun alasan Mesir,dia tetap tak patut bertindak gini.
Sepatutnya,peristiwa pembunuhan pemimpin Mesir terdahulu pada 1981,yakni Anwar Sadat,yang bertanggungjawab menjalinkan rundingan dengan si celaka Israel dijadikan iktibar oleh Mesir supaya sentiasa berhati-hati dan meletakkan kepentingan Islam mendahului yang lain.
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Tolonglah saudaramu,baik ia orang yang zalim,mahupun yang dizalimi. Seorang sahabat bertanya, ''wahai Rasulullah,kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi,tetapi bagaimana untuk kami menolong orang yang zalim? Nabi menjawab: "Kamu tegahlah ia dari melakukan kezaliman."
-aku-
3 comments:
btol 2..bengang ngat bila tau pasal mesir nk wat tmbok 2..and then baru2 ni israel kate nk buat tembok ngak kat mesir,,mcm kt gaza..
hurm.,2r..ak ase cm x phm lak..
dh la mcm2 skatan ye wt..
wt jd gaza 2 cm penjara..
mesir lak dh cm tali barut israel.
dhla israel laknat 2 dok abes2 serang gaza.
alasan ye,psal hamas 2,pastu psal katenye kne serangan roket..
pdahal klu ikut statistik kmatian,
rkyat palestin yg ramai mati..
1400 org..
org israel,klu x clap 14 ase..
mmg jauh pbandingan..
n x saboh.,
israel x sdar dri sbenornye..
ngara dye skrg 2 pn tnah palestin..
haih..
Post a Comment