Friday, January 22, 2010

Untuk Pembaca Matang Sahaja



Sebagai seorang lelaki yang waras,aku pasti akan rasa malu kalau tengok ade daripada kalangan kaum ak sendiri wat kije yang tak senonoh. Sebagai manusia secara amnya,kita dilengkapi dengan fitrah suka kepada kebaikan,dan membenci perkara2 yang tak baik.

Tapi aku rase pelik yang teramat bila terbaca satu laporan dalam surat khabar baru2 ni,tentang sebuah kumpulan "hak asasi manusia" kat Jakarta nu yang dikenali dengan nama "Institut Perempuan". Kumpulan ini menempelak usul mendakwa empat penari kerana memperagakan tarian seksi di Bandung pada sambutan tahun baru hari tu.

Pengarah institut tu,Elin Rozana,dilaporkan sebagai berkata, "Kami kesal undang2 anti pornografi dilaksana kerana ia menganaktiri* wanita."

Kejap2.,*Menganaktiri wanita? Apa tu? Adakah dengan menjaga maruah wanita daripada tergadai melalui aktiviti yang tak senonoh seperti pornografi,"stripping" dll tu dikira sebagai 'menganak tirikan'?

Sebagai seorang wanita,tidak kira Islam atau tak,dan lebih2 lagi jika Islam,mestilah menjaga kehormatan diri masing2,dan seharusnya tak suka jika kesuciannya dicemarkan melalui apapun. Bagi aku dan orang2 yang waras,aku rasa benda2 porno ni sangat menjatuhkan maruah dan mencemarkan kehormatan diri.

Dalam Islam,semua lelaki dan wanita diwajibkan menjaga batas2 aurat masing2. Hal ini bertujuan untuk menjaga maruah diri manusia serta kehormatannya,di samping mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah maksiat.

Jadi,bagi aku,aku rase isu ni tak sepatutnya timbul. Jika undang2 anti pornogarafi yang dilaksanakan dianggap sebagai 'menganak tirikan',maka aku rasa agak susah untuk diterima. Perlu ditegaskan,hak asasi manusia bukanlah bermaksud kebebasan secara total. Ia tidak bermaksud atas nama hak asasi manusia,kita boleh buat sesuka hati kita. Senang la kalu gitu.

Zaman sekarang ni,terdapat banyak pertubuhan yang mana perjuangan mereka bertunjangkan kepada 'hak asasi manusia', ditubuhkan di negara2 seluruh dunia. Contohnya ialah seperti Amnesty International,Human Rights Watch,European Court of Human Right dan lain2. Kebanyakannya memperjuangkan agenda2 berdasarkan keadilan ke atas setiap individu serta berdasarkan hak2 tertentu yang dimiliki oleh setiap orang yang bergelar manusia.Pada dasarnya,semua ni bagus kerana ia menjaga hak serta keadilan terhadap individu.

Walau bagaimanapun,disebabkan hak asasi adalah suatu perkara yang tak boleh dinafikan,seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara,serta Perisytiharan Hak Asasi manusia Sejagat (UDHR) oleh Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (UN),ada pihak telah mengambil kesempatan dengan menyalahgunakan perkataan 'hak asasi manusia' itu untuk menghalalkan sesuatu yang berlawanan dengan Sunnatullah serta fitrah manusia. Contohnya adalah seperti menghalalkan perkahwinan sejenis,yang mana ia jelas melawan fitrah manusia dan Hukum Allah. Aku juga berpendapat kes 'Institut Perempuan' ni juga merupakan salah satu daripada contoh penyalahgunaannya.

Berbalik kepada kes tadi, jika dirujuk kepada Kamus Pelajar,hak asasi (basic right) membawa maksud 'hak yang dasar',yakni hak yang asas bagi manusia. Jadi,adakah berbogel di khalayak tu satu hak yang asas bagi manusia? Adakah pornografi tu satu hak yang asas bagi manusia? Adakah berkelakuan tidak senonoh tu satu hak yang asas bagi manusia? Jawapannya tentulah tidak! Kerana jika ya,tidak mustahil satu hari nanti,hanya atas alasan kononnya memperjuangkan 'hak asasi manusia',manusia akan dibenarkan bertelanjang bulat di khalayak ramai, dibenarkan menjadi pelacur yang sah di sisi undang2 kerajaan (siap ade slip gaji lagi),dibenarkan penayangan filem2 porno di cinema2,dan dibenarkan berkelakuan tidak senonoh merata-rata,xyah cover-cover. Haa,boleh bayangkan tak? Hahaa..


Kesimpulannya:

1. Kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadis.

2. Jangan lawan fitrah.


-aku-

No comments: