Sunday, January 24, 2010

Wahai Pencinta Sejarah


Trivia Perang Salib (Crusade War)



Assalamualaikum..


"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it" - George Santayana.
(tenx 2 buku teks sejarah f5..hehe..)


Post kali ni aku nak sentuh sal Perang Salib lak, sebab ade kaitan gop ngan sejarah perkembangan Islam pada sekitar kurun ke-11 hingge kurun ke-13 masihi..(lame 2..)

Post kali ni hanye sebagai info sejarah yg penting yg mungkin kite nk tahu serba sedikit sbg umat Islam. Ak tau mungkin korang rase bosan nak bace sume ni,tapi ak tulis gak utk org2 yg nak tau je.







Perang Salib (juga dikenali sbg The Crusade War,atau kadang2 dirujuk sbg Holy Wars),merupakan siri peperangan yg dipengaruhi keagamaan serta politik pada abad ke-11 hingga abad ke-13 tu,iaitu bleh dikatakan pade masa Zaman Pertengahan jgk la kat Eropah. Tujuan asal tentera salib ni adalah untuk menawan Jerusalem (yakni Baitulmaqdis) dari orang Islam,selain matlamat sampingan yg lain,spt menawan Kota Constantinople (yakni Istanbul skrg ni) dll.

Disebabkn peristiwe Perang Salib ni berlaku untuk satu tempoh yg agak lame,iaitu memakan mase lebih kurang 200 tahun, jadi ade banyak siri peperangan yang berlarutan brmula dari Perang Salib Pertame hingge yg terakhir..Sumenye berlaku dlm tempoh hampir 2 abad tu.

Umumnye, semua rentetan siri Perang Salib berlaku dlm tempoh mase pemerintahan fasa ke-2 kerajaan Bani Abbasiyah (847-1194M) hingge pada zaman pemerintahan awal kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah,yakni bermula dari Perang Salib Pertama (1095-1099M) hingge ke Perang Nicolopolis (1396M),yg dikatakan sbg Perang Salib yg terakhir dlm sejarah.

Dalam siri Perang Salib,terdapat beberapa Perang Salib yg utama serta terkenal dlm sejarah. Contohnye ialah Perang Salib Pertama (1095-1099M) dan Perang Salib Ketiga (1187-1192M).

Perang Salib Pertama


Perang ni bleh la dikatekan berlaku antara pihak Turki Seljuk dan Rom Timur (Byzantine/Byzantium). Hal ni bermule apabila pemerintah Byzantium,Maharaja Alexius 1 meminta pertolongan dari Paus untuk melindungi empayarnye daripada Turki Seljuk. Tentera salib kemudiannya berkumpul di Constantinople untuk membantu Rom Timur melawan bangsa Seljuk.

Pada 4 Jun 1097,tentera salib telah berjaya menakluki ibu kota Seljuk menyebabkan tentera pimpinan Sultan Qilij Arsalan kalah teruk. Kemudian,tentera salib bergerak pula ke Antioch dan berbulan2 mengepungnye. Gabenor Antioch, Yaghisian akhirnya berjaya mengusir kaum Ortodoks Timur dan meminta bantuan Syria untuk mengusir tentera salib lak.

Pastu,Syria pun datang la tolong. Tentera Syria telah bertindak mengepung tentera salib supaya dop dapat makanan dari luar. Walaupun strategi nih berjaya,tapi tentera salib tetap berjaya menguasai Antioch. Then,tentera salib ni tawan lak Ma'araat al-Nu'man pada Disember 1098. Tentera salib ni sebenornye sebelum tu dah kene hasut dek kepercayaan bahawa jika bunuh org Islam mereka masuk syurga oleh pihak Vatican (celake sungguh)..Sebab tu la diorang bunuh ramai org Islam kat sane.

Peristiwe terpenting dlm perang ni ialah apabila tentera salib berjaya menguasai Baitulmaqdis pd 5 Julai 1099M. Peristiwa kejatuhan Baitulmaqdis ke tangan tentera salib ni amatlah menyayat hati serta dop dapat dilupakan umat Islam. Sebabnye ialah tentera salib telah bertindak kejam dengan membunuh hampir kesemua org Islam,termasuk wanita,org tua dan kanak2 ketika kota tu ditawan mereka. Begitu kejam sekali tentera salib ni terhadap org Islam. Mmg gile aa,dop berhati perut. FYI.,mereka telah dikatakan mengganas di situ selame seminggu dan telah membunuh lebih 100,000 org Islam serta melemparkan mayat mereka ke dalam api. Masya-Allah..

Perang Salib Ketiga




Perang Salib Ketiga ni berlaku dlm tahun 1187M hingga 1192M. Oleh sebab Perang Hittin (perang di antara Salahuddin al-Ayubi dan tentera Salib pimpinan Birnis) tercetus pada 4 Julai 1187,maka ia dianggap sebahagian daripada rentetan Perang Salib Ketiga,kerana Perang salib Ketiga telah dicatatkan berlaku bermula daripada tahun 1187M hingga 1192M. Salahuddin al-Ayubi telah memimpin pasukan tentera Islam mengalahkan tentera salib di Hittin pada 4 Julai 1187,di mana kemenangan ni telah kemudiannya membawa kepada satu lagi kejayaan besar seterusnya,iaitu tertawannya semula Kota Baitulmaqdis ke tgn org Islam pd 15 Oktober 1187M, yg mane turut diterajui oleh tokoh Salahuddin al-Ayubi. Perang Hittin ni telah digambarkan dlm filem Kingdom of Heaven (2005).

Peristiwe jatuhnya Kota Baitulmaqdis ke tgn umat Islam ni amatlah terkesan kpd pihak tentera salib ketika itu,
bukan kerana kekalahan mereka saje,tapi disebabkan kagum dgn ketokohan yg ditunjukkan oleh Salahuddin al-Ayubi tu sendirik. Hal ini adalah kerana,ketika tentera salib menawan Baitulmaqdis pada 1099M dulu,mereka telah bersikap kejam terhadap org Islam di sana dgn membunuh hampir keseluruhan org2 Islam dgn zalimnya. Namun,apabila Salahuddin al-Ayubi menawan kembali kota tu,tiada seorang pun org kristian yg dibunuh. Sebaliknya,mereka telah dibebaskan dgn selamat serta dilayan dgn baik oleh tentera Islam.

Dalam Perang Salib Ketiga ni jgk beberapa siri peperangan yg lain dipimpin oleh beberapa pemimpin Eropah,seperti Phillip II,Richard I dan Frederick I. Paling terkenal antara mereka sudah tentulah Raja England,Richard I,yang turut dikenali dgn nama Richard the Lionheart,kerana keberaniannya dlm perang2 yg seterusnya dlm usaha menawan kembali Baitulmaqdis


Richard The Lionheart

Demikianlah serba sedikit fakta pasal Perang Salib ni. Wallahua'lam..

Fakta menarik : Baitulmaqdis jatuh ke tangan tentera salib pada 5 Julai 1099M. Manakala tentera Islam pula berjaya menawannya kembali pada 15 Oktober 1187,selepas 88 tahun dikuasai tentera salib. Kedua2nya berlaku pada hari Jumaat


-aku-

2 comments:

everything you define me said...

perang hittin bnyak dkatakan blaku dlm perang salib ke-2 dan bukn ke-3..
tapi konfius gak sbb dlm info wiki,perang salib ke-3 ditulis blaku dlm thn 1187-1192..tp perang hittin blaku pd thn 1187,jd klu ikut info wikipdia,ia trmsuk dlm perang salib ke-3,dan bkn ke-2 sperti yg dkatakan oleh kbnyakan rjukan lain.

konfius2..ad sape2 bleh jlaskan?

MiE said...

ha'ah..
memang btol..
tapi kan aku rase yg 2nd crusade r..
'coz bnyak yg cakap 2nd..
wiki je ckp 3rd..
mungkin ade silap dlm wiki kot..

Wallahu'alam