Tuesday, February 2, 2010

Masalahkah Masalah?

“Everybody’s got their problems,

Everybody says the same things to you,

Its just the matter how you solve them,

And knowing all the things you’ve been through..”


Lirik lagu band Sum 41 ni taklah kosong je maknenye. Mcm lagu ni,ade gak bet0lnye. Masalah mmg ade di mane2. Selagi kita hidup,xkan dapat lari punye daripada masalah.

Mengapa? Sebab hidup kita ni adalah masalah dgn sendirinye,spt kata Ustaz Azhar Idrus. Sememangnya. Ia adalah spt 1 elemen dlm hidup kita ni,sbb tu kita sentiasa ada masalah yg x pernah habis. Apabila kita berjaya selesaikan 1 masalah,masalah lain pulak yg dating. Begitulah sterusnya,dan ia berterusan sehinggalah kita mati.

Jangan Terlalu Memikirkannya
Jadi ape masalahnye dgn masalah ni?Mengapa kita selalu rase susah hati apabila ade masalah? Jawapannya adalah krn kita trlalu memikirkannya. Setiap benda akan jadik susah bila kita membebankan fikiran kita dengannye. Masalah kecik pn akan jadik masalah besar.

Aku teringat kpd 1 kisah yg aku bace dr sebuah buku. Critenye tentang sepasang suami isteri yg mengundang beberapa tetamu utk makan mlm di rumah mereka. Sebaik shj tetamu tiba, tibe2 si isteri menyedari bahawa 3 helai tuala meja mkn yg digunakan tak sesuai dgn meja mkn tu.. Lalu mereka mule berasa bimbang krn takut kesilapan kecil tu akan merosakkan mkn malam istimewa yg dirancang tuh.

Setelah dicari,rupa2nye tuala meja mkn yg matching dgn meja mkn mereka tu sedang dibasuh,sedangkan ketika tu tetamu sudah pn sampai di depan pintu rumah mereka. Kerana terlalu memikirkan masalah kecik tu,si suami hampir menangis krn bimbang mkn mlm istimewa tu akan musnah gara2 tuala meja mkn tu warnenye x berpasangan dgn meja makan. Fikirannya mnjadi bingung dan buntu,namun krn tiada pilihan,pasangan tu tetap meneruskan makan malam tu. Namun ternyata segala yg dibimbangkannye x terjadi pn. Bahkan tiada sesiapa pn yg prasan tentang tuala meja makan tu!

Lihatlah betapa masalah yg kecik cenonet camtu pn bleh jadi besar apabila terlalu difikirkan. Masalah yg x terwujud pn akan menjadi wujud. Seharusnya bila masalah x dapat diselesaikan,kita mesti bertawakkal dan berdoa kpd Allah, bkn terus-menerus m’bebankan fikiran kita dgn sesuatu yg belum pasti camtu. Barulah fikiran kita tenang. Btul x?

Kesabaran Kunci Penyelesaian
1 lagi perkara penting dlm mghadapi masalah ialah kesabaran. Tak dpt dinafikan kesabaran tu amatlah penting dlm hidup,dan oleh krn hidup itu adalah masalah,maka sabar jugalah diperlukan apabila mghadapi masalah. Betapa pentingnya kesabaran ni dlm hidup kita sbg umat Islam,sehinggakan sabar itu digariskan sbg sebahagian drpd iman. Tanpa kesabaran juga,perkara remeh bleh jadik besar. Cerita pertelingkahan penulis terkenal dunia Rudyard Kipling dgn abang iparnya aku ambik sbg contoh.

Pertelingkahan Kipling ni amatlah terkenal dlm sejarah Vermont,hingga ia ditulis dlm sebuah buku brtajuk “Rudyard Kipling’s Vermont Feud”(Pertelingkahan Rudyard Kipling di Vermont). Kisahnya ginilah. Kipling ni berkahwin ngn se0rang gadis Vermont bernama Caroline Balestier dan mndirikan sebuah rumah yg cantik kat Brattleboro,Vermont. Abang iparnye,Beatty Balestier mnjadi kawan Kipling yg paling rapat & mereka bnyak mghabiskan masa bersama.

Then,Kipling beli beberapa bidang tanah dr Balestier,dgn perstujuan bahawa Balestier masih bleh memotong rumput di situ. Satu hari,Balestier melihat Kipling sedang mncangkul tanah di situ ntuk djadikan kebun. Balestier berasa marah(mgkin krn die x dpt memotong rmput lg di situ),lalu mereka pn bertelingkah antara 1 same lain sejak tu.

Beberapa hari kemudian,Kipling tlah dilanggar oleh kereta kuda abang iparnya mase tgh berbasikal. Lalu Kipling pn hilang sabar dan mnjadi sgt marah shingga menuntut agar Balestier ditahan. Kes tersebut menjadi berita sensasi dan trsebar ke seluruh pelusuk dunia.Akhirnya kes prbicaraan tu x mghasilkan sebarang keputusan,dan lantaran tu,Kipling dan isterinya tlah mninggalkan bumi Amerika buat selama-lamanya. Semua masalah ni yg menjadi pertelingkahan besar ni,hanyalah disebabkan oleh perkara yg kecik aje,iaitu berkenaan seikat rumput saje. Namun krn hilangnya kesabaran maka masalah ni berlarutan sehingga menjadi kes yg besar. Kes mahkamah lak tu.

Masalah Sebenar Adalah Bagaimana Anda Menyelesaikannya

“Its just the matter how you solve them..”

Bait dari rangkap lagu Sum 41 yg tadi tu wat aku teringat kpd 1 lg persoalan dlm permasalahan; cara kita menyelesaikannya.

Setiap hari kita mengahadapi pelbagai permasalahan,yg ada kalanya datang secara bertalu-talu. Macam keje sekolah jgk la,kadang2 tu cikgu bagi banyak homework ntuk disiapkan dlm satu2 mase yg ditetapkan. Kan?

Bila berlaku gitu,cubelah jadikan masalah2 tu bukan satu masalah bg kita. Maksud aku,cara penyelesaian kita tu x membebankan kita. Selesaikan satu persatu dgn tenang,dan bkn buat 2,3 kerja dlm satu2 mase. Jika kita buat masalah tu satu beban,maka bebanlah masalah tu akan jadi.

Satu falsafah yg mudah dan bijak bagi menggambarkan perkara ni ialah seperti kata2 seorang doktor tentera yg memberi nasihat kpd seorang pegawai dlm Divisyen Infantri ke-94 dlm Perang Bulgaria yg sedang dirundung kesedihan,Ted Bengermino,spt yg aku bace dlm sebuah buku. Katanya,

Ted, cuba renungkan sebentar. Hidupmu tak ubah seperti jam pasir. Kau tahu,di bahagian atas jam pasir terdapat ribuan butir2 pasir itu. Satu demi satu butir2 pasir trsebut bergerak dgn perlahan-lahan dan jatuh melalui leher yg sempit di tengah. Kau dan saya x bleh memaksa dgn memasukkan lebih dari sebutir pasir melalui leher tersebut tanpa merosakkan jam itu sendiri. Kau,saya dan siapa pn juga sama halnya seperti jam pasir itu.”

“Bila kita bangun pada waktu pagi,kita dihadapkan dgn setompok tugas yg harus kita selesaikan pada hari itu. Tugas yg jumlahnya beratus-ratus itu harus kita selesaikan dgn tenang satu demi satu,bergantian secara teratur dan perlahan-lahan. Kita harus berbuat demikian. Jika tidak,maka bererti kita merosakkan struktur tubuh atau mental kita.”

Falsafah tu aku bace dari sebuah buku,dan aku jadikannya contoh kat cni sebab mudah serta senang diingati.

Jadi benarlah,cara penyelesaian kita juga akan menjadi masalah jika kita x bijak menanganinya. Jika kita memaksa cuba menyelesaikan masalah dgn cara yg di luar kemampuan kita,fizikal dan mental kita akan menerima kesannya. Tekanan,stress dan kes yg membawa kpd kejadian bunuh diri adalah antara contoh penyelesaian yg salah,berpunca drpd masalah kegagalan menyelesaikan msalah dgn bijak serta kurangnya keimanan kpd Allah.

Konklusi
Kesimpulannya satu saje. Apabila kita mghadapi masalah,maka ingatlah bahawa ia merupakan salah satu ujian daripada Allah. Oleh itu tenanglah,dan selesaikan semuanya dgn teratur,satu-persatu,sabar dan jgn terlalu memikirkannya. Dan jika x dpt selesaikannya,maka bertawakkal dan berdoalah kpd Allah. Dengan itu,aku konfiden korang akan lebih relaks dan tenang pastu.Ok?


Selamat beramal.


-aku-

No comments: