Iran taja keganasan, ancam dunia: Hillary JEDDAH - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton kelmarin menuduh Iran menaja keganasan dan menjadi ancaman dunia termasuk di Arab Saudi. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pelajar-pelajar kolej Dar Al-Hekma di Jeddah dalam forum mengenai ancaman nuklear Iran. "Iran mengancam negara-negara lain termasuk Arab Saudi dengan menaja pengganas untuk melancarkan serangan dalam negara," katanya. Hillary berkata, sikap Iran di pentas dunia membimbangkan kalangan negara-negara jiran Timur Tengah. "Anda menyaksikan Iran melancarkan peluru berpandu, melanggar peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Anda perlu bertanya, kenapa mereka melakukan semua ini?" katanya. Menurutnya, masyarakat antarabangsa perlu bergerak ke arah mewujudkan dunia tanpa senjata nuklear. Sumber : Sinar Harian, 18/02/2010 AS Adalah Negara Pengganas, Hipokrit Dan Penipu Nombor 1 Dunia. Lihatlah betapa hodohnya wajah AS melalui kenyataan setiausaha negaranya, Hillary Clinton. AS terus cuba dalam usahanya untuk memperbodohkan dan menakut-nakutkan umat Islam. Kali ini dengan menggunakan isu Iran. Digambarkan bahawa Iran merupakan negara yang menaja keganasan dan menjadi ancaman dunia. Tema ini akan kemudiannya pasti dijaja oleh pemimpin-pemimpin sekular kaum Muslimin yang taat kepada ‘tuan’ mereka. Faktanya dunia tidak boleh terus ditipu kerana semua tahu bahawa AS lah yang merupakan pengganas nombor 1. AS lah negara hipokrit nombor 1 di dunia yang memiliki simpanan senjata nuklear yang paling banyak, tetapi dalam masa yang sama tidak mengizinkan negara lain khususnya negeri umat Islam dari memilikinya. Sampai bilakah agaknya umat Islam akan berdiam diri dengan segala penipuan oleh si penipu nombor 1 ini. Sudah sampai masanya umat Islam bersatu di bawah naungan Khilafah bagi memastikan syaitan besar AS itu tidak akan berani menginjakkan kakinya di tanah suci umat Islam. Hanya para pemimpin sekular seperti pemimpin Arab Saudi dan yang seangkatan dengannya sahajalah yang sanggup dan bersedia untuk menyembah dan tunduk kepada syaitan besar dunia ini. Amat hina tindakan para thagut itu sebenarnya. |
Thursday, February 25, 2010
AS Adalah Negara Pengganas, Hipokrit Dan Penipu Nombor 1 Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment