Tuesday, April 6, 2010

4A4 2008: Lost in Space

4A4 2008



.: Rolling over memories :.




National Geographic Special Today

presents


The Lost Whatsoever
Class
of 4A4








~






4A4 2008; kelas yang sangat2 lah sinonim dgn aktiviti lepak-melepak dan ponteng-memonteng oleh para penghuninya. Ia juga terkenal dengan kebisingan yang tiada taranya di antara kelas2 lain di blok form 4. Namun begitu, kelas yang dipegang oleh Teacher Laili ini juga adalah kelas yang paling happening dan banyak mengajar para penghuninya agar sentiasa enjoy dan x pernah serius dalam hampir semua perkara.
Di bawah adalah beberapa pemandangan kelas 4A4 yang diambil kira2 2 tahun lepas.

Pemandangan dalam kelas

Pemandangan luar kelas

Papan pembelajaran

"51 tahun kemerdekaan"

Pintu gerbang utama

Hiasan2 dalaman

Pintu kelas

Beralih pula kepada penghuni2 kelas 4A4 yang sangat terkenal ini, peranan utama dimainkan oleh budak2 lelaki yang lebih dikenali dengan gelaran 'The Rascals', yakni sek2 jeng dan bahang rambang. Mereka adalah diketuai oleh monitor 4A4 yang sangat 'bertanggungjawab'.

1. Naqi >The-Good-For-Nothing Leader of 4A4<

Naqi
Dilantik sebagai ketua kelas 4A4 oleh Teacher Laili, Naqi menggalas harapan yang besar untuk memimpin kelas 4A4 menuju kecemerlangan dan menjadi sandaran semua pelajar 4A4. Namun setelah beberapa bulan memimpin 4A4, ternyata tiada pembaharuan yang telah dibuatnya. Malah tugasnya sendiri juga jarang sekali dia laksanakan., kecuali mengucapkan salam ketika cikgu masuk yang mane dia x pernah miss. Tugas2 lain, seperti menghantar buku kedatangan pelajar ke pejabat, 'top-up' dakwat marker pen, panggil cikgu time cikgu lambat masuk, memastikan kelas sentiasa bersih, dan lain2 selalu ditinggalkan. Dia juga selalu memimpin budak2 lelaki keluar kelas pada waktu PNP untuk ke surau dengan tujuan yang satu, iaitu tidak lain tidak bukan, melepak. "Nape gok mu.." kata Naqi setiap kali ditegur.


2. Apik >the Class Stereo<

Apik
Apik adalah seorang budak yang amat suka membisingkan kelas. Dia suka berbual2 perkara yang tak berkaitan dengan kawan2nya yang lain serta gemar ketawa dengan kuat di dalam kelas. Dia juga merupakan seorang yang tidak suka mengikut peraturan dan selalu mempermainkan orang lain. Oleh itu tidak hairanlah kebanyakn orang yang bercakap dengannya akan menyesal kemudiannya.

3. Paih Jedi >the JokerFace<

Paih Jedi

Paih Jedi adalah seseorang yang amat unik. Dia boleh membuat seseorang itu ketawa dengan hanya memandang mukanya sahaja. Dia gemar berkelakuan pelik setiap hari dan sentiasa menjadi perhatian Cikgu Man. Mempunyai rekod ditangkap oleh Cikgu Man kerana rambutnya, Paih Jedi sememangnya tiada tidak pernah serik. Dia juga diketahui tidak mempunyai sifat serius dan gemar melawak di merata tempat. Namun begitu, motor Honda Cub bulatnya amat digeruni.


4. Saeq >The Oldskool<


Saeq
Saeq merupakan satu-satunya penunggang motor RXZ di sekolah SHAMS pada zamannya. Namun motor Z nya jarang sekali digeruni kerana tiada cover di depannya dan mempunyai klac yang pendek yang selalu menyusahkan orang lain yang ingin menunggangnya kerana selalu mati setiap kali ingin di'start'. Lami pernah menjadi mangsanya apabila motor Z tersebut mati di atas jalan tatkala lampu isyarat sudah hijau sehingga dia terpaksa mengheretnya sendiri. Saeq juga mempunyai sepasang kasut 'old skool' yang amat dicemburui ramai kerana dilengkapi rantai besi serta lambang tengkorak yang menggerunkan. Kawannya yang paling rapat adalah Lami.


5. Brahim >the Undefined<


Brahim


Brahim mempunyai sikap yang tidak tetap dan berubah2 mengikut suhu bilik. Kadang2 beliau amat peramah dan kadang2 beliau menjadi 'pendiam' dan pemarah tanpa alasan2 yang munasabah. Juga diketahui berkawan rapat dengan Lami.


6. Syidin >The Ludicrous StoryTeller<


Syidin
Syidin adalah salah seorang anggota 'The Rascals' yang paling feymes. Beliau kadang2 suka bersikap 'coach' dan memanggil orang lain dengan nama2 yang beliau reka sendiri. Namun selain dari itu, beliau amat berbakat dalam bercerita serta menyelitkan unsur2 lawak di dalamnya. Beliau amat kreatif dan merupakan antara pelajar kegemaran Teacher Laili. Makanan kegemarannya ialah biskut beras yang dibeli di koop.


7. Dely >The Freak<

Dely
Dely adalah sorang budak yang sangat tak feymes dalam kalangan geng 'The Rascals'. Namun diketahui bahawa beliau percaya bahawa motor Kriss nya, PCS 8746 ZR merupakan kenderaan yang paling laju di dunia. Beliau membenci Paih kerana telah mendapat lesen P sebelumnya.Tidak banyak yang diketahui tentang budak suka berkelakuan pelik ini.


8. Lami >The Terrible<

Lami
Inilah Lami. Beliau merupakan seorang yang amat pemalu dalam kelas. Dengan rumahnya yang terletak di tepi trek perlumbaan yang kedua terfeymes selepas Wakaf Beruas, iaitu Durian Burung, tengok orang lumba haram adalah menjadi hobinya. Beliau sering menjadi mangsa gelaran Syidin The StoryTeller, Apik The Class Stereo, dan lain2. Beliau juga diketahui tidak mempunyai mana2 kawan rapat.


9. Haziq >The SleepWalker<


Haziq
Pada dasarnya, tiada apa yang menarik pada Haziq ni sebenarnya. Beliau cuma seorang yang amat membenci subjek Bio dan Kimia dan Fizik dan Math dan Addmath dan lain2. Menjadikan Ronaldo dan Macheda sebagai idolanya, beliau merupakan seorang budak asrama yang amat gemar bermain bola sepak. Beliau juga selalu sahaja ditegur kerana tabiatnya suka tidur di dalam kelas dan sentiasa mengucapkan kata2 yang tidak masuk akal. Tandas merupakan destinasi wajibnya setiap hari.


10. Syed Hezrin >The LoudSneezer<

Syed Hezrin


Tidak banyak yang diketahui mengenai Syed Hezrin ni, melainkan namanya. Beliau tidak banyak bercakap di dalam kelas memandangkan mulutnya hanya digunakan untuk makan semata-mata. Namun begitu beliau juga antara pengunjung tetap tandas seperti jua Haziq. Satu-satunya perkara yang menarik mengenai beliau ialah kemampuannya untuk bersin dengan begitu kuat. Anas merupakan teman rapatnya.


11. Cawan >The Frenetic<

Cawan
Cawan merupakan pendatang baru dari sekolah ayahnya sendiri, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman. Sejak berpindah ke 4A4, beliau sentiasa menimbulkan masalah di sekolah. Namun setiap kali ditangkap cikgu, beliau tak pernah gagal melepaskan diri daripada dimarahi atau dihukum dengan statusnya sebagai anak kepada salah seorang guru di SHAMS. Beliau juga pernah digosipkan dengan Lami.


12. Jenol >The Giant Perisher<

Jenol
Selain Cawan, Jenol juga merupakan seorang pendatang baru di 4A4. Hari pertamanya di SHAMS, beliau telah pun menimbulkan masalah di sekolah dan sentiasa menjadi buruan Cikgu Man kerana ketidak'jurus'annya. Beliau mempunyai ramai musuh dari kalangan pelajar perempuan 4A4 yang membencinya kerana sikapnya yang terlalu berterus-terang dengan mengata sesorang secara depan-depan serta suka menyenyeh mereka dengan riangnya tanpa rasa bersalah.


13. Kudin > The FameOldTimer<

Kudin
Kudin merupakan seseorang yang tiada perasaan dan jika anda pernah bercakap dengannya, anda pasti akan sedar bahawa bercakap dengan batu adalah jauh lebih baik daripada berbual2 dengannya.Beliau juga suka berjenaka tanpa mengira tempat. Kawannya yang paling rapat ialah Honda Fame nya yang menjadi tunggangannya untuk ke sekolah setiap hari. Tiada erti serius dalam kamus hidupnya.




++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Beralih pula kepada barisan pelajar perempuan, mereka diketuai oleh Mawaddah 'Alia sebagai Penolong Kelas 4A4, dan seperti Naqi, tidak banyak juga pembaharuan yang telah dilaksanakan sepanjang setahun pemerintahan beliau. Teman rapat beliau ialah Kirah Sha'rani yang selalu menemani beliau ke mana sahaja. Mereka juga turut didapati selalu men'skip'kan kelas bersama2. Namun begitu status mereka sebagai Penolong Kelas serta kawan rapat Penolong Kelas menyebabkan tiada siapa yang berani menegur perbuatan mereka itu apatah lagi menghukumnya. Dengan itu, hampir keseluruhan pelajar2 permpuan 4A4 yang lain turut sama mengikut mereka berdua pergi ponteng kelas dan melepak merata-rata. Pada waktu PNP, mereka akan berada di mana2 sahaja tempat di sekitar blok F4, kecuali di kelas. Dan dengan frekuensi kekerapan pelajar2 lelaki dan pelaja2 perempuan 4A4 ponteng adalah hampir sama , maka kelas 4A4 ini selalu kelihatan lengang seakan-akan tidak berpenghuni, terutamanya pada waktu puncak; yakni waktu BAT. Namun begitu, kelas akan kembali penuh dan sesak pada sebaik masuknya waktu subjek BI tanpa diketahui sebabnya.


Gambar Hiasan


Sebagai penutup, diselitkan 10 info menarik tentang 4A4:


1. Pernah mendapat 'Anugerah Kelas Kedua Terbersih' pada awal tahun 2008.


2. Naqi tak pernah bertugas sepanjang tahun di 4A4.


3. Jenol pernah bersekolah di SMK Panji Alam sebelum berpindah ke SHAMS.


4. Cawan datang ke sekolah dengan maknya setiap hari.


5. Kasut Lami digelar Kasut Mc Donald kerana bentuknya yang menarik.


6. Bergabung dengan kelas 4A7 dalam pertandingan bola sepak antara kelas 2008.


7. Syidin mendapat nombor 10 dalam kelas dalam peperiksaan akhir tahun dan menjadi satu-satunya pelajar lelaki yang tersenarai dalm ranking topten kelas.


8. Handset Dely dirampas Cikgu Zainal pada 22/5.


9. Mengadakan lawatan ke Perak dan KL pada 18-21 Ogos.


10. Masih belum mengadakan jamuan akhir tahun dan masih dinantikan walaupun sudah hampir dua tahun (pihak berwajib sila ambil tindakan)












Sekianlah Edisi National Geographic minggu ini.




*Hehe. Arap tiada yang tersinggung. Just fur fun xD

4 comments:

lembu kacak said...

4a4 yg trbaik...
yeah....

Afiq Fadhli said...

nakal wehh.. :D

triogeng said...

like!

fatin amirah said...

hahahahahahahahahahahahahaha,rindu wehh zman ni,.hahaha,nak nak time BI,cnfrm ar pnuh.