Post ni sebenarnye xde langsung kaitan ngan lagu Yuna tu. Cuma nak luahkan beberapa getusan hati yang sudah sekian lama bersarang dalam kotak fikiran ni.
Sebetulnya aku mengerti bahawa blog aku ini sudah mula mengumpul habuk sejak seminggu yang lalu. Tiada post yang telah, sedang atau mahu aku tuliskan dalam jangka waktu seminggu itu. Malah tiada pula artikel yang telah, sedang atau mahu aku coretkan, lantaran diri ini sedang dihimpit dalam situasi yang kian menekan kini.
Menjelang hari-hari terakhir sebelum keputusan diumumkan, moodku untuk menulis telah dilarikan dek hembusan angin kerisauan. Kerisauan yang terkadang berpanjangan dan berlarutan apabila hati ini mula bergelombang penuh penantian, kini tambah disirami pula dengan titisan-titisan harapan yang kian memuncak.
Badai yang melanda kotak fikirku ini benar2 meruntun diri. Sesekali terlintas juga yang harapan tidak seharusnya setinggi gunung kerana jika kegagalan yang menerpa, kelak hati ini kian parah tersayat pilu, lantaran impian yang dicitakan tidak kesampaian.
Tatkala semua ini melintasi fikiran, diriku terkesima. Terkedu juga apabila ini melibatkan percaturan masa depanku. Harapan orang tuaku menjadi sandaran yang perlu direalisasikan. Tambahan pula kedudukanku sebagai anak lelaki mereka yang satu-satunya, menjadi satu tanggungjawab pula yang perlu aku galas kini. Seharusnya kupamerkan contoh terbaik buat adik-adikku.
Namun apalah dayaku jika Tuhan mentakdirkan kegagalan buatku. Sesungguhnya aku akan redha dan menerima segalanya seadanya. Hanya Dialah yang mengerti segalanya. Pasti segala yang ditakdirkan-Nya adalah terbaik untukku, meski aku tidak dapat melihat kebaikan itu. Biarlah jika kegagalan itu milikku, ia bakal menjadi pemangkin ke arah kejayaan yang mendatang.
Kalau dituruti rasa hati, sememangnya aku tidak mahu menulis apa2 lagi sebelum tarikh keramat itu. Tambahan pula masa untukku menulis kian berkurangan, kerana diri ini kusibukkan dengan perkara2 lain supaya fikiranku tidak terbeban oleh persoalan yang masih belum pasti itu. Akan tetapi hari ini aku coretkan juga sesuatu,lebih untuk meringankan bebanan fikiran dengan meluahkan apa yang terbuku di hati kini.
Persoalan tentang hala tuju diri ini semakin dahagakan kepastian dalam meniti hari2 terakhir ini. Penantian yang sekian lama menyeksa benakku, dilingkari pula dengan debaran berpanjangan serta harapan yang masih menyala, kian tiba ke pengakhirannya. Hanya doa yang mengiringi kini.
-aku-
1 comment:
jgn stress2..klo angoh kte ttekan..kju agy la..anok sulung..dr dlu mmg kne bg y tbaik..kju xdop umah msti la mok n abah bg phatian kat angoh plop..mok n abah mmg gtu..amik hok +ve jew la..jgn smpai nk lari dr kluarga plop..pape jd pon nnt..pk +ve jew la..
Post a Comment