Thursday, March 11, 2010

Terima Seadanya


Segalanya terjadi jua..

Seperti yang sedia maklum, akhirnya keputusan SPM diumumkan jua pada tanggal 11 Mac, kelmarin. Fuhh.. Akhirnya segala persoalan2 yang sekian lama membelenggu fikiran terlerai jua akhirnya.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Sememangnya semalam merupakan sebuah malam yang panjang buatku. Sukar sekali bagiku untuk melelapkan mata, biarpun mataku terasa amat berat. Namun ternyata aku tidak mampu. Sukar bagiku untuk tidur di saat yang genting sebegini. Fikiranku sentiasa menerawang ke arah lain, cuba meneka2 apakah yang bakal terjadi esok. Menangiskah aku? Gembirakah aku? Kecewakah aku? Segala-galanya masih terlalu kabur.


Aku cuba menenangkan emosiku; cuba mencari sesuatu untuk mensibukkan diri ini daripada terus hanyut dalam persoalan yang belum pasti itu. Aku cuba mengajak temanku keluar, namun tiada satu pun yang bersambut. Ternyata mereka juga sedang tenggelam dalam dunia mereka sendiri; seperti juga aku. Akhirnya aku terpaksa menghadapi segalanya sendiri. Ketika termenung sendirian di katil, akhirnya aku terlelap jua.


Keesokannya, ketika aku masih lagi bergelumang di atas katil, telefonku berbunyi. Ketika jam baru menunjukkan pukul 8.25 pagi, aku mendapat satu kiriman SMS daripada abah, menyatakan bahawa keputusanku ialah 6A. Oh..


Aku tahu abah memang punya kawan di JPN, maka tidak hairanlah abah tahu keputusanku lebih awal. Bahkan sebelum ini pun, keputusan PMR ku pun abah telah tahu 2 hari sebelum keputusan diumumkan. Jadi ia tidaklah memeranjatkanku.


Apa yang mengejutkanku ialah mengenai keputusanku itu.


6A.. Sememangnya aku terkedu. Perasaanku bercampur antara sedih dan kecewa. Harapanku seakan-akan luluh. Gugur hatiku apabila berita itu merenggut perasaanku. Sejujurnya aku mengharapkan lebih daripada itu. Saat itu hatiku seakan-akan menangis. jauh di sudut hati terpendam kekecewaan berpanjangan.


Namun akhirnya aku pasrah. Aku cuba meyakinkan diriku bahawa ia tidaklah terlalu teruk. Malah ia sama sekali lebih baik daripada keputusan peperiksaan percubaanku tempoh hari. Sepatutnya aku bersyukur. Malah aku sendiri telah menyatakan untuk menerima seadanya apa sahaja kemungkinan. Terima sahaja seadanya! Ya, segala yang ditakdirkan Allah adalah pasti. Aku menerimanya, ya Allah. Terima kasih atas kurniaan-Mu ini. Syukur..


Saat aku hadir ke sekolah pagi itu, aku cuba menyembunyikan segala yang tersorok di lubuk hatiku dan cuba berkelakuan biasa. Tiada emosi. Sebaliknya aku gembira dan seronok bersua kembali dengan teman2ku. Aku ketemu hampir semuanya, semua teman2ku yang masih seperti dulu. Kutemui juga teman baikku yang amat kurindui, meskipun hanya dari jauh. Ia sudah cukup untuk menggembirakan hati ini, walaupun hanya untuk seketika. Sudah memadai bagiku lantaran untuk bersua dengannya adalah agak mustahil.


Ketika diumumkan bahawa jumlah calon sekolahku yang berjaya mencatat semua A ialah seramai 37 orang, aku hanya mampu tersenyum dan tumpang bangga dengan kejayaan teman2ku itu. Tambahan pula ia merupakan rekod terbaik sekolahku. Aku gembira sekali untuk teman2ku, namun pada masa yang sama, rasa rendah diri mula menyelubungi. Terasa amat kerdil diri ini bila berada bersama teman2ku yang hebat itu. Namun aku cuba juga sembunyikan segala-galanya dalam-dalam dan berlagak biasa. Sekali lagi, tiada emosi.


Ku pulang ke rumah dengan kedukaan yang masih belum terubat. Sesungguhnya aku telah pasrah dan redha atas segalanya, namun aku berasa malu dengan ibu ayah, adik-adikku serta teman2. Aku masih tidak mampu mencipta sesuatu untuk membanggakan ibu dan ayah, yang aku tahu dalam diam2 tetap menaruh harapan terhadapku. Aku juga tidak mampu menjadi contoh terbaik buat adik-adikku yang 2 orang itu. Aku tidak mampu. Apa yang aku peroleh kelmarin adalah kemampuanku. Ya, sudah tentu aku tidak mampu menjangkau kemampuanku. Sudah pastilah. Segala-galanya terbatas.


Oleh itu aku tidak akan menyalahkan diriku lagi atas kegagalan ini; gagal untuk membanggakan ibu ayah dan keluarga serta merealisasikan impian dan target sebenarku. Kemampuanku adalah seperti yang dikurniakan Allah kepadaku, oleh itu nyata tiada apa yang harus disesali. Usaha telah aku laksanakan semampunya, malah aku sanggup bersengkang mata sepanjang malam ketika SPM tempoh hari. Oleh yang demikian maka cukuplah sudah. Aku telah laksanakan tugasku. Yang lain terserah kepada-Nya menentukan apa yang terbaik.


Saat ini, apa yang bermain di fikiranku hanyalah hala tujuku selepas ini. Sepertinya aku akan melanjutkan pelajaran ke matrikulasi sahaja, seperti kakakku. Sains hayat pilihanku mungkin. Meskipun aku kurang bernasib baik dalam SPM ini, cita-citaku tetap kugenggam. Aku harap aku tidak gagal lagi selepas ini. Insya-Allah.


Kepada semua teman2, walau apaun keputusan kita, terimalah saja seadanya. Kecemerlangan@kegagalan, semuanya ujian dari-Nya. Sekarang kita tumpukan pula kepada apa yang menanti di hadapan kita kini, apa yang bakal ditempuhi kemudian. Diharapkan kita dapat membuat pilihan yang terbaik, sama ada dari segi kursus pengajian atau arah tuju kta selepas ini. Diploma@matrik@asasi@pra-U@dll, buatlah pilihan yang bersesuaian yang datang dari hati, bukan kerana terpakasa atau dipakasa, takut kelak memakan diri. Setiap pilihan itu ada risikonya yang tersendiri, yang harus dipastikan mampu untuk kita tangani. Contohnya, meskipun pengajian di matrikulasi lebih menjimatkan masa untuk ke peringkat ijazah berbanding diploma, tapi ia lebih berisiko kerana lebih mencabar. Sijil matrikulasi juga tidak dapat digunakan untuk memohon pekerjaan sekiranya gagal. Begitu juga dengan lain-lain; semua punya risiko tersendiri. Buatlah pilihan terbaik.




See U Di IPT.


-ikhlas dari aku-

13 comments:

monyet said...

ilek r li...
mlek dh o...
adop rzki er...
huhuhu

jue jue said...
This comment has been removed by the author.
monyet said...

btul2....

jue jue said...

oit..sedey nmpak..let bygone be bygone la..bkn truk sgt pon..pasni kji blk cara angoh study tu..mne y krg..baiki..jgn konfiden sgt..jgn rndah diri sgt.. mok ngan abah xckp pon mnde negatif sal spm angoh..jgn pk -ve..dlu kju pon pnh rse cam dnia ni b'akhir jew bla dpt rsult..tp x..byak agy pluang..pasni gne pluang tu sbaik mgkin..

everything you define me said...

ak ok j.

munira said...

lor jgn sdeyh .. aku dpt 5A jer.. =m2, mm, fiz, bm, bi.. tuh poun bsyukur daaa... aku cube terime hakikat r... walopun trial dpt 6 a.. mmg sdeyh.. tp mcm kate org nasihat akuh " jalan hidup yg ssh adalah jalan hidup nabi, jgnlah anggap hidup yg penuh dugaan dan cubaan adalah nasib malang kite..anggaplah ia sbg ujian daripada Allah.." keyh dely... mg jgn sedeyh r.. ak pham perasaan mg.. seharian ak x bls msg & kol member2.. k gewd luck lar for future k?

munira said...

nko jgn risau r... kalu IPTA x trime kiter.. IPTS kan ader??? ape teruk sgt ker result ker kiter huhu

faathah said...

ok dah oo..
2 bukan kegaglan..
2 kejayaan yg masih ditangguh..
sume 2 rezeki..

everything you define me said...

thanks faizz..thanks a lot..cume sdeyh x abes2 ag..huhu..

thah,ko btol..ak xtw ape yg ak fikir skrg..blur gle..bgn tdo asik tringat j sal rsult..ak mmg redha j,p xau asal ak asik trpikir lg bnde2 sdeyh 2..kcewe x abes lg..huhu..

T_T

kere jubo meroh.. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
faresz ikhwan said...

doh2 la sdeyh2 dely....

jiwang berkarat-karat aku tengok....
heheh

ak pon lbih kurang cuma lebih se je dari mu...

pe2 pon pastikan ini sebagai titik permulaan kita mnejuju kejayaan....

adysuR said...

Siapa kata nak berjaya tu senang?
Its not easy but we can take it easy.
Jalan antara kita berbeza. Mungkin jalan kita agak jauh berbanding yang lain tetapi anggaplah ia juga adalah yang terbaik. Bukankah jauh perjalanan luas pemandangan?

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya =)

Smile!

everything you define me said...

thats nice ruysda..
thanks..