Thursday, April 29, 2010

ease...

ehehe..

Stelah sekian lame posmen x dtg post pape kat mailbox rumah ambe..

..........>>>Menunggu surat tawaran.. hua3

..akhirnye mailbox ku memanggil2 jue td.. oyehh..


huhuk..


N?

Ade 3 surat untuk ambe..


satu dr Yayasan..


satu dr KUIM..


satu dr UTM..


>Yayasan; Jemputan Ujian Kelayakan Utk Kursus Lesen Jurutera dan Lesen Juruteknik MAS Sesi 2010/2011 ..

>KUIM; Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dlm program Diploma Pengurusan Perhotelan..?? hmm..

>UTM; Surat Tawaran Mengikuti Pengajian Dalam program Diploma Kejuruteraan Mekanikal ..


hurm..


x bnyak mmbantu pn surat2 2, selain yg dr UTM er..
Tp, jurutre bwh MAS 2 InsyaAllah aku kan gi..


Xpela..


Apepun.. tarikh kramat 1/5 (UPU diumumkan) tetap dinantikan.. Nanti bru ambe decide..
nervous >.<

Sunday, April 25, 2010

Ohh..

Seyh..

Maktab pom aku xleyh r.. Aduikz..

Maken bimbang aku ase.. matrik x dapat, maktab x dapat.. UPU ekgi??
Ohh noo..


"ya Allah.. berilah aku tawaran UPU course yang baik2.. amiinn.."


Aku pun xau aku nak nape.. Lam UPU tu, 1st choice aku letok Diploma Aeronautic Eng kat UTM..


Tp aku nk gop Asasi kat laen yg kaet ngan Bio., tp klu xleyh, aku bleyh je Fizik pom..


Skrg aku mai nyesal lak x letok Asasi kat atas skali..isk..


Tapi xper er.. Aku arap2 ape2 yang aku dpt/x nanti terbaik utk ak.. Insya-Allah.. Huhuu..




D  o  a  k  a  n     a  k  u    ..    A  k  u      b  i  m  b  a  n  g      e  r   ..

Friday, April 23, 2010

I Was Dead





Salam..

Hye to all..

"Long time no see".. Well if my blog was talking that might be her 1st word to say.

Yeah, I was not around for weeks and I'm sorry for that. I was quite busy lately and so didn't stand a chance to write something here for updates. But it goes without saying that somehow I will be writing something to share with you sooner or later. So don't worry, I'll never leave this spot.. Coz this is the only place I can ever be myself. Its just like a diary to me anyway.

Erm, about "my death", well ,of course I'm not dead yet. Its just, the one that lies inside me is dead. Okay, not to be metaphorical, just to say that I've changed inside. I'm not what I was before, thats for sure.

Why? Whatever happened to the old Dely? What killed him? Well, I can say, its everything. Everything that i face, that comes to me had assasinated him slowly by time. And when he's no longer "alive" and lost his motivation, he evolved from what he was to what he was not. There comes the new Dely, the brand new me.

Can't get it?

I'll tell you what. When the old Dely got his SPM results in his hand, he was terribly disappointed, as its not appeared to be like what he want. And so he was dead. But by time, he realised that it was wrong to be so, and he evolved into the new Dely. He changed to be more optimistics and never cry over spilt milk. He learned to accept his fate, and changed inside from a pessimist into an optimist.

When the old Dely lost his beloved grandfather, his heart cries all the time, and he was so sad. Things came to worst when he had to face it all alone without his best friend's support. She wasn't at his side when he do really need her. So he was dead. But after that he had come to realise that things won't get better if he remain so. And just then he evolved inside into new Dely. He learned to let things go.

Now, the old Dely had lost her forever. He was sad again; a part of him is dead already. Sooner, he died pathetically. It took lots of time for the new Dely to evolve and rise. Weeks later, he finally changed. He tried to be more self-reliant and less depending to others, especially girls. He had lost his faith in girls, and thats how he changed. Now, he's still trying to cheer himself up and try to be a happy boy..

Ganbatte kudasai..

Well overall, thats what happened to me all this while. And I'm glad to share it all with you, the blog, coz I know I can share everything with you. You're one of my best buddies now. Love ya..

So, here I am; the brand new person of me.. Change for the better..




Adios =)

Monday, April 12, 2010

Whatsername

Urm..

Post sebelum2 ni memang ntah pape. Aku tengah cube ntuk meng'epy'kan diri sebenornye ea. Cube ntuk melupakan sume, n msih mencube. Uhu. Tu r ngarut semacam je or.

Nampaknye mase utk enjoy dah x lame dah op. X lame agi, sume akan bawa haluan masing2 orh. '2 roads diverged in a yellow wood' kan. Ahaha. N aku, aku masih x wape konfiden ngan sume ni sebenarnye. P aku ase aku just gi matrik je kot pasni. Tu pun klu buleyh la. Xpe r. Xnak kusut2kan fikiran agi. Minggu lepas pom dah banyak masalah, dah asik wat aku kusut je. Sekarang dah nak lupekan sume tu.

Akhir2 ni aku makin krep kuor ngan kawan2. Ye ar, pasni dah payah nak jupe. So sementara masih ade can ni jupe ar puas2. huhu. Haih, mesti parok duk rindu ke sorang2 ekgi pasni. Haha.

Skrang nak jamming xleh lg. Jenol a.k.a lead guitar xde ekpom. Nanti dia balik a kot baru jamming balik. Ye r,gane nak maen klu lead xde. Ari tu dh cube maen xde lead, p hancur r. X jadi lgsung. Kene cukup orang jgk bru besz.

Current activity kitorang skrg buat mase nim of course, mancing r. huhu. Bes jgk. Jumaat minggu depan dah nak pi Tasik Kenyir ngan geng mancing ni, cube nasib sane lak. Tapi x best nye joran aku dah xde. Tenggelam dlm arus sungai mlm 2, dilarikan ikan kot. X sempat nak kejor, dah ilang. Aduiyh. Dahle tu joran kesayangan aku, dah dkat2 8 tahun dah joran tu. Ilang suda. Haih. Skrg duk pakai joran orang dulu sementara nak beli yang baru ni. Anyway wei kidin, bile agi nak kije? Aku nak beli joran baru eyh.. Cepat r..

Erm, skrang ni walaupun ak dah ok dah, p ntah kenape sampai skrg pom aku masih rase agak rendah diri bila orang duk cakap sal result. Kerdil btol diri ini dengan result yang x seberapa ni. Huhu. Xpe r, ak redha n ok je. Just kadang2 agak malu la jgk nak gitau org aku bleyh 6a je. Tambah2 lak bile kawan 2 gitau result dia jauh lagi ebat. Aduih. Memang menusuk aa.. Huhu.. Malu..

Ari 2 mase aku dapat peluang jadi salah seorang tenaga pengajar kat PASTI agi ar. Bukan nape, ye, memang bes dapat pengalaman jadi cikgu sementare ni, hehe. Budak2 pom comel2 lake.

Tapi gitu ar. Nak tau, ade sekali aku duk kumpul sekali ngan budak2 PASTI or n tanye diorang sal cite2 diorang. Memang banyak a, ade yang nak jadi polis, bomba, doktor, juruterbang dll. P lam mase tengah crite ngan diorang sal tu, tibe2 aku jadi serius lak suh diorang study sungguh2 supaya dapat jadi nape yang diorang cite2kan tu. Aku gitau diorang supaya wat lebih baik n jangan jadi cam aku. Aku gitau yang result aku x wape baik n so payah nak capai cite2 aku nak amek medik. Huhu. Agak sedih a time tu. Tapi xde r aku nak tunjuk kat budak2 tu. Aku wat2 rilek je la. Senyum je walaupun lam ati aku mmg haru ar. Huhuu..

Ok, cukup a utk kali ni eh. Ciaow~

1001 Emotions










Saturday, April 10, 2010

Things Happen For A Reason




Dalam sebulan ni, begitu banyak peristiwa menyedihkan yg bertali-arus datang kepadaku sebagai satu peringatan dari- Nya. Jika mahu dinyatakan semua, mungkin hanya akan mengundang air mata ni tumpah kembali, meski ak cube sedaya-upaya menahannya.

Di permulaan tahun baru ni terlalu banyak aku mengalirkan air mata. Banyak sekali. Aku pun kurang pasti mengapa aku tiba jadi agak cengeng akhir2 ni. Ntah. Lemah betul diri ini saat berdepan musibah2 sebegitu. Namun ia sedikit sebanyak mematangkan diriku jua tanpa kusedari. Terima kasih Tuhan!

Mungkin betul orang cakap, "Absence makes heart grows fonder.." Kita hanya akan merindui kehadiran seseorang saat kehilangannya. Aku dah khilangan beberapa orang yang ak sayang akhir2 ni, n aku btol2 rindu mereka. Sedangkan sebelum ni masa diorang sume ade, aku x kisah pun tentang kehadiran diorang. Tapi bila ni yang terjadi, aku jadi tiba2 sangat berasa kehilangan.

Inilah hakikat kehidupan; setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan yang menanti di penghujungnya. Dan kita manusia hanya tahu menghargai sesuatu apabila kehilangannya.

Semoga diriku dan dirimu tabah menghadapi segala dugaan yang mendatang.



"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


- Surah Al-Imran ayat 200



Friday, April 9, 2010

Perginya Seorang Sahabat

Allahyarham Ahmad Amirul Faez bin Ismail (26/3/1992 - 8/4/2010)


Kenal tak lama tapi mesra
Kasih tak dalam tapi kekal
Senyum tak manis tapi ikhlas
Hati tak cinta tapi rindu
Sayang tak selalu tapi berpanjangan
Perhatian tak beri tapi ingat selalu

Kiranya tempias membasahi jendelamu..
itulah air mataku mengingatimu
Tanpamu sedari ada darah di jarimu..
itulah tandanya ada sesuatu terjadi padaku
Andainya kau terbatuk..
itulah tandanya aku bermimpikanmu
Andainya kau sedar tika al Quran mendayu di Subuh sunyi
itulah tandanya aku pergi dahulu sebelummu

Jadilah sahabat yang hadirnya disenangi dan perginya dirasai kerana mencari seorang sahabat yang jujur dan setia ibarat mencari permata di timbunan kaca.


Kau pergi jua sahabatku..
Sesungguhnya Tuhan lebih menyayangimu..


Moga amanlah kau di sana.. Al-Fatihah.. 



Tuesday, April 6, 2010

4A4 2008: Lost in Space

4A4 2008



.: Rolling over memories :.




National Geographic Special Today

presents


The Lost Whatsoever
Class
of 4A4








~






4A4 2008; kelas yang sangat2 lah sinonim dgn aktiviti lepak-melepak dan ponteng-memonteng oleh para penghuninya. Ia juga terkenal dengan kebisingan yang tiada taranya di antara kelas2 lain di blok form 4. Namun begitu, kelas yang dipegang oleh Teacher Laili ini juga adalah kelas yang paling happening dan banyak mengajar para penghuninya agar sentiasa enjoy dan x pernah serius dalam hampir semua perkara.
Di bawah adalah beberapa pemandangan kelas 4A4 yang diambil kira2 2 tahun lepas.

Pemandangan dalam kelas

Pemandangan luar kelas

Papan pembelajaran

"51 tahun kemerdekaan"

Pintu gerbang utama

Hiasan2 dalaman

Pintu kelas

Beralih pula kepada penghuni2 kelas 4A4 yang sangat terkenal ini, peranan utama dimainkan oleh budak2 lelaki yang lebih dikenali dengan gelaran 'The Rascals', yakni sek2 jeng dan bahang rambang. Mereka adalah diketuai oleh monitor 4A4 yang sangat 'bertanggungjawab'.

1. Naqi >The-Good-For-Nothing Leader of 4A4<

Naqi
Dilantik sebagai ketua kelas 4A4 oleh Teacher Laili, Naqi menggalas harapan yang besar untuk memimpin kelas 4A4 menuju kecemerlangan dan menjadi sandaran semua pelajar 4A4. Namun setelah beberapa bulan memimpin 4A4, ternyata tiada pembaharuan yang telah dibuatnya. Malah tugasnya sendiri juga jarang sekali dia laksanakan., kecuali mengucapkan salam ketika cikgu masuk yang mane dia x pernah miss. Tugas2 lain, seperti menghantar buku kedatangan pelajar ke pejabat, 'top-up' dakwat marker pen, panggil cikgu time cikgu lambat masuk, memastikan kelas sentiasa bersih, dan lain2 selalu ditinggalkan. Dia juga selalu memimpin budak2 lelaki keluar kelas pada waktu PNP untuk ke surau dengan tujuan yang satu, iaitu tidak lain tidak bukan, melepak. "Nape gok mu.." kata Naqi setiap kali ditegur.


2. Apik >the Class Stereo<

Apik
Apik adalah seorang budak yang amat suka membisingkan kelas. Dia suka berbual2 perkara yang tak berkaitan dengan kawan2nya yang lain serta gemar ketawa dengan kuat di dalam kelas. Dia juga merupakan seorang yang tidak suka mengikut peraturan dan selalu mempermainkan orang lain. Oleh itu tidak hairanlah kebanyakn orang yang bercakap dengannya akan menyesal kemudiannya.

3. Paih Jedi >the JokerFace<

Paih Jedi

Paih Jedi adalah seseorang yang amat unik. Dia boleh membuat seseorang itu ketawa dengan hanya memandang mukanya sahaja. Dia gemar berkelakuan pelik setiap hari dan sentiasa menjadi perhatian Cikgu Man. Mempunyai rekod ditangkap oleh Cikgu Man kerana rambutnya, Paih Jedi sememangnya tiada tidak pernah serik. Dia juga diketahui tidak mempunyai sifat serius dan gemar melawak di merata tempat. Namun begitu, motor Honda Cub bulatnya amat digeruni.


4. Saeq >The Oldskool<


Saeq
Saeq merupakan satu-satunya penunggang motor RXZ di sekolah SHAMS pada zamannya. Namun motor Z nya jarang sekali digeruni kerana tiada cover di depannya dan mempunyai klac yang pendek yang selalu menyusahkan orang lain yang ingin menunggangnya kerana selalu mati setiap kali ingin di'start'. Lami pernah menjadi mangsanya apabila motor Z tersebut mati di atas jalan tatkala lampu isyarat sudah hijau sehingga dia terpaksa mengheretnya sendiri. Saeq juga mempunyai sepasang kasut 'old skool' yang amat dicemburui ramai kerana dilengkapi rantai besi serta lambang tengkorak yang menggerunkan. Kawannya yang paling rapat adalah Lami.


5. Brahim >the Undefined<


Brahim


Brahim mempunyai sikap yang tidak tetap dan berubah2 mengikut suhu bilik. Kadang2 beliau amat peramah dan kadang2 beliau menjadi 'pendiam' dan pemarah tanpa alasan2 yang munasabah. Juga diketahui berkawan rapat dengan Lami.


6. Syidin >The Ludicrous StoryTeller<


Syidin
Syidin adalah salah seorang anggota 'The Rascals' yang paling feymes. Beliau kadang2 suka bersikap 'coach' dan memanggil orang lain dengan nama2 yang beliau reka sendiri. Namun selain dari itu, beliau amat berbakat dalam bercerita serta menyelitkan unsur2 lawak di dalamnya. Beliau amat kreatif dan merupakan antara pelajar kegemaran Teacher Laili. Makanan kegemarannya ialah biskut beras yang dibeli di koop.


7. Dely >The Freak<

Dely
Dely adalah sorang budak yang sangat tak feymes dalam kalangan geng 'The Rascals'. Namun diketahui bahawa beliau percaya bahawa motor Kriss nya, PCS 8746 ZR merupakan kenderaan yang paling laju di dunia. Beliau membenci Paih kerana telah mendapat lesen P sebelumnya.Tidak banyak yang diketahui tentang budak suka berkelakuan pelik ini.


8. Lami >The Terrible<

Lami
Inilah Lami. Beliau merupakan seorang yang amat pemalu dalam kelas. Dengan rumahnya yang terletak di tepi trek perlumbaan yang kedua terfeymes selepas Wakaf Beruas, iaitu Durian Burung, tengok orang lumba haram adalah menjadi hobinya. Beliau sering menjadi mangsa gelaran Syidin The StoryTeller, Apik The Class Stereo, dan lain2. Beliau juga diketahui tidak mempunyai mana2 kawan rapat.


9. Haziq >The SleepWalker<


Haziq
Pada dasarnya, tiada apa yang menarik pada Haziq ni sebenarnya. Beliau cuma seorang yang amat membenci subjek Bio dan Kimia dan Fizik dan Math dan Addmath dan lain2. Menjadikan Ronaldo dan Macheda sebagai idolanya, beliau merupakan seorang budak asrama yang amat gemar bermain bola sepak. Beliau juga selalu sahaja ditegur kerana tabiatnya suka tidur di dalam kelas dan sentiasa mengucapkan kata2 yang tidak masuk akal. Tandas merupakan destinasi wajibnya setiap hari.


10. Syed Hezrin >The LoudSneezer<

Syed Hezrin


Tidak banyak yang diketahui mengenai Syed Hezrin ni, melainkan namanya. Beliau tidak banyak bercakap di dalam kelas memandangkan mulutnya hanya digunakan untuk makan semata-mata. Namun begitu beliau juga antara pengunjung tetap tandas seperti jua Haziq. Satu-satunya perkara yang menarik mengenai beliau ialah kemampuannya untuk bersin dengan begitu kuat. Anas merupakan teman rapatnya.


11. Cawan >The Frenetic<

Cawan
Cawan merupakan pendatang baru dari sekolah ayahnya sendiri, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman. Sejak berpindah ke 4A4, beliau sentiasa menimbulkan masalah di sekolah. Namun setiap kali ditangkap cikgu, beliau tak pernah gagal melepaskan diri daripada dimarahi atau dihukum dengan statusnya sebagai anak kepada salah seorang guru di SHAMS. Beliau juga pernah digosipkan dengan Lami.


12. Jenol >The Giant Perisher<

Jenol
Selain Cawan, Jenol juga merupakan seorang pendatang baru di 4A4. Hari pertamanya di SHAMS, beliau telah pun menimbulkan masalah di sekolah dan sentiasa menjadi buruan Cikgu Man kerana ketidak'jurus'annya. Beliau mempunyai ramai musuh dari kalangan pelajar perempuan 4A4 yang membencinya kerana sikapnya yang terlalu berterus-terang dengan mengata sesorang secara depan-depan serta suka menyenyeh mereka dengan riangnya tanpa rasa bersalah.


13. Kudin > The FameOldTimer<

Kudin
Kudin merupakan seseorang yang tiada perasaan dan jika anda pernah bercakap dengannya, anda pasti akan sedar bahawa bercakap dengan batu adalah jauh lebih baik daripada berbual2 dengannya.Beliau juga suka berjenaka tanpa mengira tempat. Kawannya yang paling rapat ialah Honda Fame nya yang menjadi tunggangannya untuk ke sekolah setiap hari. Tiada erti serius dalam kamus hidupnya.




++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Beralih pula kepada barisan pelajar perempuan, mereka diketuai oleh Mawaddah 'Alia sebagai Penolong Kelas 4A4, dan seperti Naqi, tidak banyak juga pembaharuan yang telah dilaksanakan sepanjang setahun pemerintahan beliau. Teman rapat beliau ialah Kirah Sha'rani yang selalu menemani beliau ke mana sahaja. Mereka juga turut didapati selalu men'skip'kan kelas bersama2. Namun begitu status mereka sebagai Penolong Kelas serta kawan rapat Penolong Kelas menyebabkan tiada siapa yang berani menegur perbuatan mereka itu apatah lagi menghukumnya. Dengan itu, hampir keseluruhan pelajar2 permpuan 4A4 yang lain turut sama mengikut mereka berdua pergi ponteng kelas dan melepak merata-rata. Pada waktu PNP, mereka akan berada di mana2 sahaja tempat di sekitar blok F4, kecuali di kelas. Dan dengan frekuensi kekerapan pelajar2 lelaki dan pelaja2 perempuan 4A4 ponteng adalah hampir sama , maka kelas 4A4 ini selalu kelihatan lengang seakan-akan tidak berpenghuni, terutamanya pada waktu puncak; yakni waktu BAT. Namun begitu, kelas akan kembali penuh dan sesak pada sebaik masuknya waktu subjek BI tanpa diketahui sebabnya.


Gambar Hiasan


Sebagai penutup, diselitkan 10 info menarik tentang 4A4:


1. Pernah mendapat 'Anugerah Kelas Kedua Terbersih' pada awal tahun 2008.


2. Naqi tak pernah bertugas sepanjang tahun di 4A4.


3. Jenol pernah bersekolah di SMK Panji Alam sebelum berpindah ke SHAMS.


4. Cawan datang ke sekolah dengan maknya setiap hari.


5. Kasut Lami digelar Kasut Mc Donald kerana bentuknya yang menarik.


6. Bergabung dengan kelas 4A7 dalam pertandingan bola sepak antara kelas 2008.


7. Syidin mendapat nombor 10 dalam kelas dalam peperiksaan akhir tahun dan menjadi satu-satunya pelajar lelaki yang tersenarai dalm ranking topten kelas.


8. Handset Dely dirampas Cikgu Zainal pada 22/5.


9. Mengadakan lawatan ke Perak dan KL pada 18-21 Ogos.


10. Masih belum mengadakan jamuan akhir tahun dan masih dinantikan walaupun sudah hampir dua tahun (pihak berwajib sila ambil tindakan)












Sekianlah Edisi National Geographic minggu ini.




*Hehe. Arap tiada yang tersinggung. Just fur fun xD