Showing posts with label Articles. Show all posts
Showing posts with label Articles. Show all posts

Friday, February 3, 2012

Accents


When you write in English, everybody can grasp the message. But when you speak up, there comes the problems. We Malaysians don't encounter this sort of trouble when we communicate verbally to people in Malaysia using English language, because we don't have that various kinds of English accents. The way we speak, is as what we're being taught in our English classes in schools; to write as a British but to speak like an American. Thats odd, but thats what we've been taught all along. That way.

But in English-speaking countries like U.S.A., Britain, Australia and Canada, though they are communicating using the very same language, not necessarily they will just understand each other. Well, it is all about the accents. American accent and British accent for instance, are distinctively different from each other, and one who are not accustomed with the difference of both accents, can hardly understand them. And we Malaysians, I can say that we're more to American accented, because we're used to their movies, TV programs and whatnot, as they are widely broadcasted on our tubes. 

Have you ever heard a British-accented people speaking? God I can tell you they're like speaking a fair English, but in a classy way. Now I recall one of my friend who used to stay in UK as a kid, he said that British accent is posh, a posh English. Have you ever watched Harry Potter, or Hot Fuzz, or the other British movies? Thats how British accent sounds like. It sounds classy, compared to American-accented English movies. But despite of the differences between the two accents, they're both can still be said to be easily comprehensible. They are still pronouncing words using the correct standard pronunciations of English. An Aussie's accent? Now that one is hard to understand. >.<


Take a look at this video :



Funny as hell, but true anyway. :)

Thursday, February 25, 2010

AS Adalah Negara Pengganas, Hipokrit Dan Penipu Nombor 1 Dunia


Iran taja keganasan, ancam dunia: Hillary 

JEDDAH - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton kelmarin menuduh Iran menaja keganasan dan menjadi ancaman dunia termasuk di Arab Saudi. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pelajar-pelajar kolej Dar Al-Hekma di Jeddah dalam forum mengenai ancaman nuklear Iran.

"Iran mengancam negara-negara lain termasuk Arab Saudi dengan menaja pengganas untuk melancarkan serangan dalam negara," katanya.

Hillary berkata, sikap Iran di pentas dunia membimbangkan kalangan negara-negara jiran Timur Tengah.

"Anda menyaksikan Iran melancarkan peluru berpandu, melanggar peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Anda perlu bertanya, kenapa mereka melakukan semua ini?" katanya.

Menurutnya, masyarakat antarabangsa perlu bergerak ke arah mewujudkan dunia tanpa senjata nuklear.

Sumber : Sinar Harian, 18/02/2010

AS Adalah Negara Pengganas, Hipokrit Dan Penipu Nombor 1 Dunia.

Lihatlah betapa hodohnya wajah AS melalui kenyataan setiausaha negaranya, Hillary Clinton.  AS terus cuba dalam usahanya untuk memperbodohkan dan menakut-nakutkan umat Islam. Kali ini dengan menggunakan isu Iran. Digambarkan bahawa Iran merupakan negara yang menaja keganasan dan menjadi ancaman dunia. Tema ini akan kemudiannya pasti dijaja oleh pemimpin-pemimpin sekular kaum Muslimin yang taat kepada ‘tuan’ mereka.

Faktanya dunia tidak boleh terus ditipu kerana semua tahu bahawa AS lah yang merupakan pengganas nombor 1. AS lah negara hipokrit nombor 1 di dunia yang memiliki simpanan senjata nuklear yang paling banyak, tetapi dalam masa yang sama tidak mengizinkan negara lain khususnya negeri umat Islam dari memilikinya. Sampai bilakah agaknya umat Islam akan berdiam diri dengan segala penipuan oleh si penipu nombor 1 ini. Sudah sampai masanya umat Islam bersatu di bawah naungan Khilafah bagi memastikan syaitan besar AS itu tidak akan berani menginjakkan kakinya di tanah suci umat Islam. Hanya para pemimpin sekular seperti pemimpin Arab Saudi dan yang seangkatan dengannya sahajalah yang sanggup dan bersedia untuk menyembah dan tunduk kepada syaitan besar dunia ini. Amat hina tindakan para thagut itu sebenarnya.

Sunday, February 21, 2010

Peristiwa 9/11 Satu Konspirasi





Apa yang sebenarnya kejadian 9/11? Ok, di sini aku akan ceritakan cerita sebenar konspirasi WTC 9/11 ini. Peristiwa 9/11 ni sebenarnya satu konspirasi Yahudi untuk memburukkan nama Islam di mata dunia, dengan mengaitkannya dengan keganasan. Namun tragedi ini juga telah membuka mata masyarakat dunia terutama masyarakat Eropah dan Amerika Syarikat sendiri betapa mereka telah diperbodohkan selama ini. Inilah peristiwa yang menjadi titik mula kebangkitan Islam. Buktinya jelas apabila ramai penduduk Amerika Syarikat dan Eropah yang memeluk Islam selepas peristiwa ini.
Pihak Illuminati dan Freemason ada 4 tujuan dengan peristiwa 9/11 ini.

1. Mencabar kuasa Allah.
Kenapa tarikh 9/11 dipilih? Mereka 'skip' kan no 10 sebab no 10 ini melambangkan kesempurnaan. Hnya Allah saja yang bersifat sempurna. Jadi mereka 'skip' kan bilangan no 10 itu. 9, 11. Tiada no 10 di situ. Mereka juga terapkan 911 ini dalam kehidupan mereka seharian. Di Amerika Syarikat, untuk panggilan kecemasan mereka kena dial 911 untuk mendapatkan bantuan kecemasan.


2. Sebagai simbol kemusnahan Kaabah.


3. Untuk mempengaruhi politik dunia untuk rancangan terakhir New World Order.


4..To Create One of the Darkest Stargates. Ini akan diterangkan kemudian.
(berkaitan dengan kepercayaan sihir Freemason/ Illuminati)

Tujuan ke-3 mungkin anda semua sudah tahu. 9/11 ni adalah modal besar untuk Amerika Syarikat menyerang negara-negara Islam dan jadikan Israel sebagai kuasa utama dunia sebagai persediaan menyambut The False Messiah-Dajal.

Di sini saya terangkan tujuan ke-2.
Simbol kemusnahan Kaabah.

Ok, Kaabah ini adalah pusat tenaga positif yang paling besar di bumi. Tenaga apa? Saya terangkan sikit tentang tenaga-tenaga ini..
Ada 3 tenaga yang saling berkaitan antara satu sama lain.
1. Minda. 2. Tubuh Badan. 3. Roh/Batin.
Jika anda kurang faham tentang potensi diri, anda tidak akan faham pentingnya sistem pnguasaan itu. Jika dikaji tubuh anda sehingga atom terkecil apa anda akan temui? Atom, elektron, proton. Apa makna semua ni? Ini bermakna diri anda pada asasnya adalah tenaga. Begitu juga bumi dan seluruh alam semesta. Ini bermakna Allah jadikan kita sebagai pemancar tenaga. Dimana kite boleh dipengaruhi oleh tenaga diseliling dan yg paling penting kite boleh mempengaruhi tenaga di sekeliling kita.




Kita boleh keluarkan tenaga positif, mahupun negatif. Kita juga boleh dipengaruhi tenaga positif dan negatif. Bagaimana ini berlaku?

Jika kita hasilkan tenaga positif berfrekuensi tinggi, tenaga tu akan bergabung dengan tenaga luaran positif. Jadi kita akan dikelilingi oleh kuasa positif dan begitulah sebaliknye.

What Goes Around Comes Around

Sebab itulah kita akan berasa sungguh selesa dikelilingi tenaga positif alam semulajadi.

Sebaliknya kita akan berada tidak senang dengan tenaga dan kaku sebuah bandar.

Contohnya, kita akan berasa selesa, tenang jiwa bile kita masuk ke dalam masjid. Ini adalah disebabkan tenaga positif yang dihasilkan... Sesiapa yang pernah mnjejak kaki di Mekah pasti dapat merasai ketenangan yang amat sangat. Kerana kuasa positif yang begitu banyak.



Berbalik pada cerita asal tadi. Dekat tengah-tengah WTCada satu objek. Namanya The Sphere

It was meant to symbolize world peace through world trade, and was placed at the center of a ring of fountains and other decorative touches designed by trade center architect Minosoru Yamasaki to mimic theGrand Mosque of Mecca, in which The Sphere stood at the place of the Kaaba.It was set to rotate once every 24 hours, and its base became a popular lunch spot for workers in the trade center on days with good weather.

Petikan ini aku ambil dekat wikipedia. Ini bermaksud mereka mereplikan The Sphere sebagai Kaabah dan mereka memusnahkannya semasa kejadian 9/11 itu. Anda boleh baca lebih lanjut di sini.
The Sphere - Wikipedia, the free encyclopedia

Dengan musnahnye WTC, objek itu turut sama musnah.

Anda faham sekarang?

Wallahualam.

Wednesday, February 17, 2010

Mustafa Kamal Attarturk Pengkhianat Dunia Islam


Post kali ni aku nak sentuh sket tentang seorang manusia yang dikenali dengan nama Mustafa Kamal Attarturk ni, yang aku lebih kenal sebagai seorang pengkhianat dunia Islam yang paling teruk.

Mustafa Kamal Attarturk, atau nama sebenarnye Gazi Mustafa Kemal Pasha merupakan seorang tokoh yang amat disanjung di Turki kini. Kalau kat Malaysia kita ada Tunku Abdul Rahman Putra sebagai Bapa Kemerdekaan dan PM pertama negara yang kita sanjung, Turki lak ade Mustafa Kamal Attarturk sebagai Pengasas Republik Turki dan diangkat rakyat Turki sebagai pahlawan mereka. Namun bagi mereka yang mengetahui apa sebenarnya yang telah dilakukan oleh Mustafa Kamal Attarturk, dia tidaklah lain hanyalah merupakan pengkhianat keagungan kerajaan Islam yang telah dibina sekian lama oleh khalifah2 terdahulu, yang mana dia turut menghapuskan sistem pemerintahan oleh Khalifah serta melakukan pelbagai pembaharuan yang menghapuskan terus apa yang ditinggalkan kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah di bumi Turki. Mustafa Kamal juga merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi serta menjadi Presiden Republik Turki yang pertama.

Mustafa Kamal Attarturk Firaun Moden

Mengimbau kembali sejarah, Ataturk dilahirkan pada tahun 1881 di Selanik (Thessaloniki, Greece). Bapa beliau, Ali Riza Efendi mula bekerja sebagai pegawai kastam dan kemudiannya membuka perniagaan kayu balak. Ataturk berusia 7 tahun ketika bapa beliau meninggal dunia. Beliau kemudian dibesarkan oleh ibunya, Zübeyde Hanım. Apabila usianya 12 tahun, dia dihantar ke sekolah tentera Selanik dan Manatir (kini Bitola,Republik Macedonia). Kemudian Attarturk menyertai Akademi Tentera Ottoman di Manastir pada tahun 1895 dan ditugaskan di Damsyik. Dia kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai leftenan dan mula membabitkan dirinya dalam gerakan reformasi sulit yang dipanggil 'Vatan ve Hürriyet', yakni 'tanah air dan pembebasan'. Gerakan sulit ni aktif menentang kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid II.

Sejarah telah membuktikan rekod buruk Mustafa ini dari sejak kecil lagi. Ada yang berpendapat Mustafa ini adalah seorang anak luar nikah yang telah diprogramkan oleh Yahudi untuk meruntuhkan Islam dan berkemungkinan bapa beliau adalah seorang Yahudi Donme iaitu Ali Riza suami rasmi Zubeyde (Zubaidah). Ali Riza pula terkenal pula dengan sikapnya yang kuat minum arak dan terlibat di dalam angkatan tentera, selalu meninggalkan isterinya dan beliaulah yang bertanggungjawab menanamkan fahaman sekular kepada anaknya. Sejak Mustafa kecil lagi beliau ingin anaknya dididik dengan sistem barat dan mempersiapkan diri dengan ideologi-ideologi sekular. Zubeyde pula bonda kepada Mustafa Kamal Attarturk, sangat membenci anaknya ini dan seumur hidupnya beliau tidak pernah menyusukan Mustafa, mungkin kerana anak itu tidak dapat dipastikan siapakah bapanya. Zubeyde hanya memberi Mustafa menikmati susu dari ibu susu yang berkulit hitam dan bukan dari badannya sendiri. Keburukan Mustafa semakin terserlah apabila beliau tidak berminat dengan didikan agama dan beliau sering menentang serta membenci guru-guru agamanya di sekolah dan sebaliknya pula beliau cukup berminat dengan cara pendidikan barat,maka tidak hairanlah sekiranya beliau pernah mendapat pendidikan khas dari gereja Kristian selepas kematian bapanya yang diserang penyakit intestinal tuberculosis.

Bukan itu sahaja Mustafa juga gemar mengunjungi kedai-arak dan juga mengunjungi rumah- pelacuran sebagai tempat untuk beliau berhibur dengan perwatakanya yang agak menarik beliau gemar memikat perempuan umtuk memuaskan kehendak hatinya dan beliau juga seorang kaki judi. Beliau suka bermain judi dari malam hingga ke pagi dan tabiat paling buruk firaun moden ini, beliau dikatakan seorang biseksual dan gemar melakukan hubungan seks di luar tabie di kalangan pelajar sekolah. Sekiranya nafsu sedang menguasai dirinya denagn mudah sahaja beliau dapat memenuhinya dengan apa yang dicita iaitu dengan mengalihkan pandangan masyarakat bahawa beliau adalah bapa angkat kepada pelajar-pelajar tersebut. Sungguh aneh seorang pemimpin yang terlalu jijik sikapnya ini disanjung tinggi oleh masyarakat dunia dan mendapat pengiktirafan “Bapa Pembangunan Turki Moden” ni.

“Walaupun kamu membayar kepada saya emas sepenuh dunia ini, hatta 150 juta pound sterling emas sekali pun, saya tidak akan dapat memberikan apa yang kamu pinta itu.Saya telah berbakti kepada agama Islam dan umat Muhammad selama 30 tahun. Selama itu saya tidak pernah mengotori lembaran-lembaran sejarah kaum muslimin, ibu bapaku dan nenek moyangku, serta sultan-sultan dan khalifah-khalifah Othmaniyah. Kerana itu, saya dengan pasti tidak dapat mengkabulkan permintaan kamu”
Kata-kata Sultan Abdul Hamid II ini menggambarkan beliau adalah pemimpin yang benar- benar mempertahankan kesucian bumi Islam daripada dijajah Yahudi. Walaupun beliau dianggap selemah-lemah pemimpin tetapi dengan keazaman dan kekuatan rohani serta cintakan Islam, bumi Palestin tetap dipertahankan. Walaupun Theodor Hetzl menawarkan seluruh harta kekayaan Rotschild kepadanya, namun tawaran tersebut telah ditolak oleh pemimpin agung ini. Akibat daripada mempertahankan bumi Palestin daripada diduduki Yahudi, Sultan Abdul Hamid II digulingkan daripada pemerintahannya pada tahun 1909 dan dipenjarakan di Salonika, Greece, di mana terdapatnya ribuan Yahudi Donme berkumpul.

Akhirnya pada tahun 1922, di zaman pemerintahan Sultan Mohammad IV sistem kesultanan dimansuhkan walaupun Sultan Abdul Majid masih lagi kekal di atas takhta sebagai boneka selepas pemansuhan sistem tersebut. ‘Republik Turki’ yang diimpikan oleh Ataturk telah dilaksanakan dengan rasminya pada tahun 1923 dan Ataturk telah menjadi ketua negara yang pertama pada 20 Oktober 1923. Dengan terlantiknya pemimpin sekular agung ini, maka dengan rasminya sistem khalifah tidak dibenarkan lagi beroperasi di Turki pada 3 Mac 1924. Dengan itu berakhirlah sebuah Daulah Islam yang agung, digantikan oleh sebuah Daulah Sekular di bawah kepimpinan “Mustafa Kemal Ataturk.” (nama Kemal diberikan oleh guru-gurunya semasa di sekolah, dan kalimah Ataturk yang bermaksud “Bapa Turki” pula diberikan sejurus selepas kejayaan beliau menghapuskan khilafah Othmaniyyah dengan sebuah pemerintahan sekular republik)

Setelah Ataturk berjaya mensekularkan bumi Uthmaniyyah, banyak pula ulama' yang masih teguh dengan amalan-amalan mereka dibunuh terutama ulamak –ulamak sufi dari pelbagai tareqat contohnya, halaqah-halaqah tareqat Naqsyabandiah, Qadiriyah dan Ghazaliah, mereka dianggap seperti kumpulan rahsia yang merancang untuk menjatuhkannya daripada tampuk pemerintahan. Ini dapat dilihat sepertimana kata-kata beliau di dalam sebuah buku yang bertajuk “Ataturk’s Republic of Culture yang boleh didapati di mana-mana kedutaan Turki yang mana beliau telah menyatakan bahawa republik Turki tidak akan didiami oleh sheikh-sheikh dan ahli-ahli tareqat yang bersangkut paut dengan alam kerohanian. Dengan kuasa yang ada, Ataturk telah membuat dasar pelaksanaan negara melalui ideologi Kemalismanya yang jauh menyimpang dari ajaran Islam.

Dasar pelaksanaan yang diutamakan di dalam negara Republik Turki adalah tidak mengambil Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan negara. Sudah pasti dasar-dasar ini jauh menyimpang dari dasar Khilafah Othmaniyah dan juga bukti beliau menolak pegangan akidah umat Islam secara total. Salah satu daripada siri ucapannya di bandar Balikesir, beliau menegaskan bahawa agama terpisah dengan urusan harian bahkan mendakwa Nabi Muhammad SAW telah berbuat demikian. Satu lagi ucapan daripada siri ceramahnya, beliau menegaskan bahawa mana mungkin sebuah negara menjadi maju, jika orangnya tidak berpakaian secara moden, mendedahkan dengan katanya, “saya pasti pakaian berpurdah ini adalah suatu yang menyeksa dan menyakitkan, biarkan mereka tunjukkan muka-muka mereka kepada dunia dan tidak ada apa yang perlu yang ditakutkan jika anda tidak berpurdah (menutup kepala)!”

Manakala golongan pemerintah, kuncu-kuncunya dari kalangan menteri dan wakil rakyat diajar menjadi perompak-perompak terhormat dengan mengaut kekayaan rakyat untuk menjadikan mereka sebagai golongan yang berharta. Dasar ini terus dilaksanakan sehingga ke hari ini hinggakan peminta sedekah, fakir miskin, anak yatim, orang-orang tua dan janda-janda disisihkan di setiap persimpangan jalan. Sebagai menandakan Turki adalah sebuah negara maju, terdapat banyak binaan tugu-tugu dan patung-patung di dalam negara di mana binaan-binaan ini dimegah-megahkan dan disanjung tinggi terutamanya patung ukiran dirinya sendiri sehingga beliau sanggup menjemput arkitek-arkitek dari luar negara untuk mengaburi mata rakyat bahawa beliau ini memajukan Turki. Dengan dasar dan idea ini jelas sekali Ataturk ingin membuktikan bahawa beliau juga adalah seperti Firaun Ramses II yang memerintah Mesir dengan suka bermegah-megah bersama binaan Sphinx dan pir, sehingga Allah menenggelamkan Firaun itu bersama keangkuhannya di dasar Laut Merah. Bukan itu sahaja, projek yang membazir juga diusahakan dengan menggunakan wang yang banyak seperti membesarkan tempat-tempat peleseran, sehinggakan apabila tiba waktu untuk beribadat, masjid lengang dan kosong. Kebanyakannya manusia lebih suka menjalankan aktiviti masing-masing di tempat tersebut bahkan azan yang dilaungkan oleh muazzin dianggap seperti tidak bernilai. Si Firaun moden ini telah mengubah kalimah azan dari bahasa Arab ke bahasa Turki. Begitu juga dengan Al-Quran dan amalan sembahyang Jumaat diterjemahkan di dalam bahasa Turki. Sebarang bentuk tulisan yang berbahasa Arab dan Parsi tidak dibenarkan sama sekali dilaksanakan di dalam pentadbiran sepertimana yang telah diterangkan di dalam buku “Ataturk’sRepublic of Culture”. Beliau telah menarik keluar asas penerapan Islam dari setiap institusi Turki dan secara peribadi beliau mengarahkan Al-Quran diterjemahkan ke dalam bahasa Turki. (He rooted out islam’s pervasive impact on the institutions of Turkey, but he personally ordered that the Koran should be translated into Turkish). Walaupun pelbagai pihak tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini, namun ia tetap dilaksanakan.

Satu lagi dasar yang merosakkan akidah dan pemikiran rakyat Turki, Ataturk membenarkan muzik-muzik haram, program tari menari, pergaulan bebas, panggung wayang lucah, upacara mengangkat sembah, pendedahan aurat, arak, judi, zina dan sebagainya. Mustafa Kemal Ataturk pernah membuat hukum sendiri dengan mengubah hukum aurat wanita di dalam masalah purdah. Dengan fatwa songsang ini, ia telah mengarahkan rakyat Turki menjadikan wanita sebagai sumber kemaksiatan. Begitulah sikap pemimpin yang cuba membaratkan umat Islam dan buminya sepertimana yang terdapat di dalam buku “Ataturk’s Republic of Culture”, “…The movement of the through the centuries always maintained a straight course. We have always marched the East to West.”

Attarturk,20/9/1928


Jelas sekali Ataturk bukan sahaja menolak dasar Islam, bahkan beliau ingin Islam itu dilucutkan terus dari jasad dan fikrah rakyatnya dengan mengisytiharkan bahawa saki baki nilai-nilai Islam dalam masyarakat Turki mesti dimansuhkan demi kemajuan negara. Namun apa yang dikatakan kemajuan oleh Ataturk jelas sama sekali tidak menampakan tandanya. Contohnya bandar Istanbul kekal lebih maju daripada bandar Ankara yang hanya dipenuhi dengan pusat-pusat hiburan berbanding dengan Istanbul yang dipenuhi dengan binaan-binaan masjid yang hebat. Kini Ankara hanya mempunyai kemajuan gersang dan selama ini rakyat Turki tertipu oleh omongan-omongan kosong Ataturk. Golongan yang masih teguh pendiriannya terhadap Islam mengatakan bahawa Ankara adalah bandar kemungkaran. Seperti yang pernah dinyatakan oleh Profesor Necmettin Erbakan, “…Istanbul adalah ibu kota ummah, sedangkan Ankara hanyalah ibukota Republik!”

Ideologi2 yang dijalankan oleh Attarturk termasuklah:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan
kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang
wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada
pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur
Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah
mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan
bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.


Lantaran daripada pelaksanaan ideologi-ideologinya, Turki kini menghadapi pelbagai masalah yang tidak berkesudahan. Daripada bumi yang dikenali ramai sebagai sebuah empayar, kini Turki hanya menjadi kebanggaan bagi mereka yang meminati ideologi bangkrap sekular Ataturk, terutamanya pihak barat. Manakala orang-orang Timur pula tidak menganggap Turki sebagai sebahagian daripada mereka selepas Ataturk membanggakan dirinya dengan menyebut, “… We have always marched the east to west.”

Melalui cogankata ini, Turki mengalami kemerosotan sosio ekonomi yang amat dahsyat. Sehingga ke hari ini, Yahudi Donme terus menguasai ekonomi Turki termasuk di dalam bidang pelacuran. Sehinggakan cukai pendapatan yang terbesar di Turki pernah diperolehi daripada hasil pelacuran. Namun daripada sumber kotor ini, Turki masih lagi tidak dapat mengukuhkan ekonominya dan terus memegang gelaran antara negara berinflasi tertinggi di dunia. Bayangkan pada 27 Ogos 1998, nilai pertukaran mata wang Turki sebanyak USD1 boleh dinisbahkan kepada TL (Turkish Lira) 270,000 dan selepas 4 bulan, jatuh merudum kepada TL350,000.

Kejatuhan ekonomi Turki yang diwarisi sejak zaman Ataturk, hingga kini tidak dapat dipulihkan. Tambahan pula dengan berlakunya gegaran gempa bumi tanda murka Yang Maha Esa pada 17 Ogos 1999 lalu. Ia menyukarkan lagi rakyat Turki untuk memulihkan ekonomi mereka. Inilah hakikat kehidupan, jika manusia masih leka dengan kemungkaran. Pembalasan Allah tidak kiamat bahkan, dibalas oleh Allah di atas dunia milikNya ini.

Sepertimana yang diterangkan dalam hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda : “.. Allah SWT telah berfirman: Aku adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Tuan dan Raja segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tanganKu. Bila orang ramai (rakyat) mentaatiKu, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkariKu, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingatiKu dan merayu kepadaKu supaya Aku melindungimu daripada kekejaman mereka.”

Berdasarkan keterangan di atas, benarlah bahawa Ataturk yang dikatakan Bapa Pemodenan Turki itu bukanlah seorang wira anak bangsa, bahkan beliau lebih zalim daripada segelintir sultan-sultan terakhir Othmaniyah. Akhirnya pada 10 November 1938, Ataturk telah dicabut nyawanya dengan azab yang amat dahsyat sekali. Cara kematian yang Allah datangkan pada Ataturk ini, sama seperti yang Allah lakukan kepada pemimpin-pemimpin zalim terdahulu, seperti Firaun dan Namrud. Allah hanya menggunakan air laut untuk menenggelamkan Firaun dan seekor nyamuk untuk membunuh Namrud.

Kematian Attarturk dalam hina.

Cara kematian Ataturk adalah begitu hina sekali samada di ambang kematiannya dan juga selepas kematiannya. Ketika beliau menghadapi sakaratulmaut, beliau masih lagi berminat dengan perkara-perkara maksiat seperti minum arak,berzina dan ke pusat-pusat kasino. Allahmembalas dengan menghodohkan mukanya, bahagian perutnya bengkak, ototnya kendur dan beliau mengadu sukar untuk bernafas. Badannya pula dipanaskan Allah hinggakan Ataturk melekapkan ketulan-ketulan ais di badannya. Pihak bomba juga dipanggil untuk memancutkan air ke dinding biliknya.Sepertimana yang telah dikatakan oleh Lord Kinross, “…But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on the outside walls of Ataturk’s bedroom.” Kepanasan yang dialami oleh Ataturk ini, menjadikannya tidak selesa tinggal di istana Dolmabahce itu sehingga beliau meminta dirinya direndamkan di dalam Selat Bosphorus.

Walaupun suatu ketika, beliau amat antikan perubatan tradisional dan amalan jampi- menjampi yang menurutnya tidak moden, tetapi akhirnya beliau sendiri meminta supaya dirinya diubat dengan cara jampi setelah ubat moden tidak dapat mengatasi penyakitnya. Sepertimana ucapan beliau di bandar Samsun pada tahun 1924, “Pengetahuan dan sains adalah panduan terbaik bagi semua perkara dalam dunia ini, untuk keduniaan, perkara-perkara kerohanian, kehidupan dan kejayaan” (Knowledge and science are the best guide to everything in the world,to material and to spiritual things,to life and to success.) Namun kuasa Allah tiada siapa yang boleh menandinginya. Ataturk menemui ajal dengan keadaan terjerit-jerit akibat kepanasan di tubuh badannya hingga suaranya dapat didengari oleh seluruh rakyat Istanbul dari istana Dolmabahce!

Selepas kematian Ataturk, Allah memperlakukan mayatnya dengan hina sekali. Ia tidak dimandikan, dikapankan, disembahyangkan atau dikebumikan dengan secepat mungkin sepertimana yang dipinta oleh Islam bahkan beliau diawet dan diletakkan di ruangan istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam. Kemudian mayatnya dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di hadapan Grand National Assembly Building. Pada 21 November 1938, mayat beliau dipindahkan ke Muzium Etnografi di Ankara.

15 tahun kemudian, pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit Resat Tepe di Ankara. Sebenarnya jasad Ataturk pernah dikebumikan tetapi tidak diterima bumi. Pada awalnya, mayat Ataturk dikebumikan di Istanbul tetapi keesokkan harinya mayat Ataturk dimuntahkan kembali. Sudah bpara ulama Turki cuba mengebumikannya di Istanbul, namun kejadian yang sama turut berlaku dan mereka berpendapat bumi Istanbul hanya layak untuk pejuang-pejuang Islam seperti Sultan Muhammad Al-Fatih dan Sultan Abdul Hamid II sahaja. Ataturk tidak layak bersama mereka. Kemudian Ataturk dibawa ke Ankara namun kejadian yang sama turut berlaku seperti mana di Istanbul dan akhirnya Ataturk hanya diletakkan begitu sahaja di bawah binaan batu marmar seberat 44 tan. Untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menggambarkan bahawa betapa rakyat Turki masih lagi mengharapkan ‘kepulangannya’.

Konklusi



Inilah akibat kepada Attarturk yang digambarkan sebagai 'Firaun generasi kedua' di Turki yang selalu menentang kebenaran dan bermegah-megah dengan apa yang dilakukan. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya dan Islam tetap subur di mana sahaja walaupun gegaran sekularisma datang menghempap, namun Islam pasti dijulang.



Hanya Khalifah Sebagai Pelindung




Akhbar Norway Hina Islam

OSLO 13 Feb. - Kira-kira 2,500 rakyat Norway beragama Islam, berarak di jalan-jalan dekat pusat bandar Oslo dalam satu tunjuk perasaan semalam bagi membantah tindakan sebuah akhbar Norway yang menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkannya sebagai babi.
Penunjuk perasaan turut melaungkan 'Allahuakbar' selain mengibarkan sepanduk yang meminta akhbar harian Dagbladet diboikot.


Akhbar tersebut pada 3 Februari lalu menyiarkan sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki sedang duduk di hadapan komputer dengan menggambarkan Nabi Muhammad sebagai babi. Gambar tersebut turut disertakan dengan satu artikel yang mengatakan pengguna internet menyiarkan kenyataan menyakitkan hati tentang Islam dan Yahudi di halaman Facebook milik polis keselamatan Norway.

Ketua editor Dagbladet, Lars Helle memberitahu The Associated Press, dia tidak kesal kerana mencetak gambar yang menyinggung perasaan itu, malah mengalu-alukan tunjuk perasaan yang diadakan semalam.
"Ia adalah satu ujian untuk masyarakat Norway sama ada ia akan jadi satu bantahan aman atau sebaliknya," katanya lagi. Ujar Helle, Dagbladet juga tidak menerima sebarang ancaman secara langsung sejak ia menerbitkan karikatur tersebut.

Katanya, seorang penggodam dari Turki telah mengakibatkan laman web akhbar tersebut terganggu selama dua jam pada malam Rabu lalu, namun dia tidak pasti adakah pencerobohan itu mempunyai kaitan dengan penyiaran karikatur berkenaan.

Penunjuk perasaan berkata, mereka mahu menunjukkan kepada media Norway bahawa umat Islam sangat-sangat tersinggung dengan penyebaran gambar seumpama itu. Islam mengharamkan sebarang imej yang menggambarkan Nabi Muhammad walaupun ia memaparkan sisi baik baginda kerana bimbang ia boleh membawa kepada pemujaan.

Sumber : Utusan Malaysia, 14/2/2010

Hanya Khalifah sebagai pelindung

Menghina peribadi Rasulullah SAW adalah satu kesalahan yang amat berat. Pernah suatu masa kaum kuffar berhasrat mengadakan pementasan yang mempersenda peribadi Rasulullah SAW. Ketika itu umat Islam berada di bawah pemerintahan Khilafah Uthmaniah. Khalifah pada ketika itu, Sultan Abdul Hamid II mengancam hendak melancarkan jihad terhadap kaum kuffar. Meskipun Daulah berada dalam keadaan yang cukup lemah ketika itu, Barat akur dan pementasan tersebut dibatalkan.

Namun hari ini, tidak ada seorang pun pemimpin umat Islam yang mampu menimbulkankan kegentaran dan ketakutan ke dalam sanubari kaum kuffar sehingga mereka begitu berani melakukan sewenang-wenangnya terhadap kemuliaan Islam. Sikap kurang ajar dan mulut celupar ketua editor Dagbladet, Lars Helle itu sebenarnya adalah perkara yang telah berlaku berulang-ulang kali sejak dari dahulu dan akan terus terjadi sehinggalah ia akan disenyapkan dengan tertegaknya Khilafah. Sesungguhnya apa yang ditakuti oleh Barat adalah Khilafah dan hanya Khilafah sahaja akan mengajar mereka.

Untuk benar-benar memberhentikan perbuatan kurang ajar pihak kuffar ini, tindakan yang paling utama masa kini adalah menegakkan semula Sistem Khilafah bagi melontarkan ketakutan dan kegentaran di dalam jiwa-jiwa kaum kuffar!!





Sumber: MyKhilafah.com

Tuesday, February 2, 2010

Masalahkah Masalah?

“Everybody’s got their problems,

Everybody says the same things to you,

Its just the matter how you solve them,

And knowing all the things you’ve been through..”


Lirik lagu band Sum 41 ni taklah kosong je maknenye. Mcm lagu ni,ade gak bet0lnye. Masalah mmg ade di mane2. Selagi kita hidup,xkan dapat lari punye daripada masalah.

Mengapa? Sebab hidup kita ni adalah masalah dgn sendirinye,spt kata Ustaz Azhar Idrus. Sememangnya. Ia adalah spt 1 elemen dlm hidup kita ni,sbb tu kita sentiasa ada masalah yg x pernah habis. Apabila kita berjaya selesaikan 1 masalah,masalah lain pulak yg dating. Begitulah sterusnya,dan ia berterusan sehinggalah kita mati.

Jangan Terlalu Memikirkannya
Jadi ape masalahnye dgn masalah ni?Mengapa kita selalu rase susah hati apabila ade masalah? Jawapannya adalah krn kita trlalu memikirkannya. Setiap benda akan jadik susah bila kita membebankan fikiran kita dengannye. Masalah kecik pn akan jadik masalah besar.

Aku teringat kpd 1 kisah yg aku bace dr sebuah buku. Critenye tentang sepasang suami isteri yg mengundang beberapa tetamu utk makan mlm di rumah mereka. Sebaik shj tetamu tiba, tibe2 si isteri menyedari bahawa 3 helai tuala meja mkn yg digunakan tak sesuai dgn meja mkn tu.. Lalu mereka mule berasa bimbang krn takut kesilapan kecil tu akan merosakkan mkn malam istimewa yg dirancang tuh.

Setelah dicari,rupa2nye tuala meja mkn yg matching dgn meja mkn mereka tu sedang dibasuh,sedangkan ketika tu tetamu sudah pn sampai di depan pintu rumah mereka. Kerana terlalu memikirkan masalah kecik tu,si suami hampir menangis krn bimbang mkn mlm istimewa tu akan musnah gara2 tuala meja mkn tu warnenye x berpasangan dgn meja makan. Fikirannya mnjadi bingung dan buntu,namun krn tiada pilihan,pasangan tu tetap meneruskan makan malam tu. Namun ternyata segala yg dibimbangkannye x terjadi pn. Bahkan tiada sesiapa pn yg prasan tentang tuala meja makan tu!

Lihatlah betapa masalah yg kecik cenonet camtu pn bleh jadi besar apabila terlalu difikirkan. Masalah yg x terwujud pn akan menjadi wujud. Seharusnya bila masalah x dapat diselesaikan,kita mesti bertawakkal dan berdoa kpd Allah, bkn terus-menerus m’bebankan fikiran kita dgn sesuatu yg belum pasti camtu. Barulah fikiran kita tenang. Btul x?

Kesabaran Kunci Penyelesaian
1 lagi perkara penting dlm mghadapi masalah ialah kesabaran. Tak dpt dinafikan kesabaran tu amatlah penting dlm hidup,dan oleh krn hidup itu adalah masalah,maka sabar jugalah diperlukan apabila mghadapi masalah. Betapa pentingnya kesabaran ni dlm hidup kita sbg umat Islam,sehinggakan sabar itu digariskan sbg sebahagian drpd iman. Tanpa kesabaran juga,perkara remeh bleh jadik besar. Cerita pertelingkahan penulis terkenal dunia Rudyard Kipling dgn abang iparnya aku ambik sbg contoh.

Pertelingkahan Kipling ni amatlah terkenal dlm sejarah Vermont,hingga ia ditulis dlm sebuah buku brtajuk “Rudyard Kipling’s Vermont Feud”(Pertelingkahan Rudyard Kipling di Vermont). Kisahnya ginilah. Kipling ni berkahwin ngn se0rang gadis Vermont bernama Caroline Balestier dan mndirikan sebuah rumah yg cantik kat Brattleboro,Vermont. Abang iparnye,Beatty Balestier mnjadi kawan Kipling yg paling rapat & mereka bnyak mghabiskan masa bersama.

Then,Kipling beli beberapa bidang tanah dr Balestier,dgn perstujuan bahawa Balestier masih bleh memotong rumput di situ. Satu hari,Balestier melihat Kipling sedang mncangkul tanah di situ ntuk djadikan kebun. Balestier berasa marah(mgkin krn die x dpt memotong rmput lg di situ),lalu mereka pn bertelingkah antara 1 same lain sejak tu.

Beberapa hari kemudian,Kipling tlah dilanggar oleh kereta kuda abang iparnya mase tgh berbasikal. Lalu Kipling pn hilang sabar dan mnjadi sgt marah shingga menuntut agar Balestier ditahan. Kes tersebut menjadi berita sensasi dan trsebar ke seluruh pelusuk dunia.Akhirnya kes prbicaraan tu x mghasilkan sebarang keputusan,dan lantaran tu,Kipling dan isterinya tlah mninggalkan bumi Amerika buat selama-lamanya. Semua masalah ni yg menjadi pertelingkahan besar ni,hanyalah disebabkan oleh perkara yg kecik aje,iaitu berkenaan seikat rumput saje. Namun krn hilangnya kesabaran maka masalah ni berlarutan sehingga menjadi kes yg besar. Kes mahkamah lak tu.

Masalah Sebenar Adalah Bagaimana Anda Menyelesaikannya

“Its just the matter how you solve them..”

Bait dari rangkap lagu Sum 41 yg tadi tu wat aku teringat kpd 1 lg persoalan dlm permasalahan; cara kita menyelesaikannya.

Setiap hari kita mengahadapi pelbagai permasalahan,yg ada kalanya datang secara bertalu-talu. Macam keje sekolah jgk la,kadang2 tu cikgu bagi banyak homework ntuk disiapkan dlm satu2 mase yg ditetapkan. Kan?

Bila berlaku gitu,cubelah jadikan masalah2 tu bukan satu masalah bg kita. Maksud aku,cara penyelesaian kita tu x membebankan kita. Selesaikan satu persatu dgn tenang,dan bkn buat 2,3 kerja dlm satu2 mase. Jika kita buat masalah tu satu beban,maka bebanlah masalah tu akan jadi.

Satu falsafah yg mudah dan bijak bagi menggambarkan perkara ni ialah seperti kata2 seorang doktor tentera yg memberi nasihat kpd seorang pegawai dlm Divisyen Infantri ke-94 dlm Perang Bulgaria yg sedang dirundung kesedihan,Ted Bengermino,spt yg aku bace dlm sebuah buku. Katanya,

“Ted, cuba renungkan sebentar. Hidupmu tak ubah seperti jam pasir. Kau tahu,di bahagian atas jam pasir terdapat ribuan butir2 pasir itu. Satu demi satu butir2 pasir trsebut bergerak dgn perlahan-lahan dan jatuh melalui leher yg sempit di tengah. Kau dan saya x bleh memaksa dgn memasukkan lebih dari sebutir pasir melalui leher tersebut tanpa merosakkan jam itu sendiri. Kau,saya dan siapa pn juga sama halnya seperti jam pasir itu.”

“Bila kita bangun pada waktu pagi,kita dihadapkan dgn setompok tugas yg harus kita selesaikan pada hari itu. Tugas yg jumlahnya beratus-ratus itu harus kita selesaikan dgn tenang satu demi satu,bergantian secara teratur dan perlahan-lahan. Kita harus berbuat demikian. Jika tidak,maka bererti kita merosakkan struktur tubuh atau mental kita.”

Falsafah tu aku bace dari sebuah buku,dan aku jadikannya contoh kat cni sebab mudah serta senang diingati.

Jadi benarlah,cara penyelesaian kita juga akan menjadi masalah jika kita x bijak menanganinya. Jika kita memaksa cuba menyelesaikan masalah dgn cara yg di luar kemampuan kita,fizikal dan mental kita akan menerima kesannya. Tekanan,stress dan kes yg membawa kpd kejadian bunuh diri adalah antara contoh penyelesaian yg salah,berpunca drpd masalah kegagalan menyelesaikan msalah dgn bijak serta kurangnya keimanan kpd Allah.

Konklusi
Kesimpulannya satu saje. Apabila kita mghadapi masalah,maka ingatlah bahawa ia merupakan salah satu ujian daripada Allah. Oleh itu tenanglah,dan selesaikan semuanya dgn teratur,satu-persatu,sabar dan jgn terlalu memikirkannya. Dan jika x dpt selesaikannya,maka bertawakkal dan berdoalah kpd Allah. Dengan itu,aku konfiden korang akan lebih relaks dan tenang pastu.Ok?


Selamat beramal.


-aku-

Saturday, January 16, 2010

Al-Quran Dan Sains


Sains dan al-Quran tidak dapat dipisahkan. Walau bagaimanapun al-Quran bukannya sebuah buku sains. Ia adalah wahyu Allah. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk agar manusia dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil. Walau bagaimanapun terdapat dalamnya ayat-ayat yang menceritakan tentang kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena yang berkaitan dengannya.


Sains ialah penemuan berdasarkan cerapan dan kajian yang dilakukan oleh manusia. Secara dasarnya, penemuan yang sahih tentang alam tidak akan bercanggah dengan al-Quran. Hal ini disebabkan al-Quran dan alam datang daripada Allah: al-Quran diturunkan oleh Allah dan alam dicipta oleh Allah. Kedua-duanya adalah daripada Allah. Justeru, hubungan antara kedua-duanya adalah suatu hubungan yang harmonis.



Antara ayat al-Quran yang menjelaskan tentang hubungan ini ialah ayat 53 dalam surah Fussilat yang bermaksud, "Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar."



Ada ulama yang mentafsirkan ayat ini secara yang berbeza sedikit. Bagi mereka ayat ini bermaksud, "Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa Islam itu benar."



Walau bagaimanapun, dalam kitab Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata, "(Allah) akan tunjukkan bukti-bukti serta dalil-dalil di alam ini yang menunjukkan bahawa al-Quran ini adalah benar." Untuk menerokai dan mengeluarkan bukti serta dalil daripada alam, sains diperlukan.



Seterusnya, berhubung dengan firman Allah yang bermaksud, "Dan pada diri mereka sendiri," Imam Ibn Kathir berkata, "Berkemungkinan yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah apa yang terdapat dalam tubuh badan manusia yang menakjubkan, sebagaimana yang dapat dilihat dalam ilmu tasyrih (anatomi). Kesemua ini akan menampakkan kebijaksanaan Yang Maha Pencipta." Untuk mengenali organ serta memahami sistem yang terdapat dalam tubuh manusia, sains juga diperlukan.




Konklusi yang dibuat as-Syeikh Said Hawa berhubung ayat ini amat menarik sekali. Dalam al-Asas fit Tafsir beliau berkata, "Dalam buku saya bertajuk ‘Ar-Rasul' saya membuktikan bagaimana Allah menunaikan janjinya yang terdapat dalam ayat ini. Jika manusia melihat kepada segenap penjuru alam dan diri mereka sendiri, mereka akan melihat sesuatu yang membenarkan al-Quran. Apabila apa yang mereka lihat itu dikaitkan dengan apa yang terdapat dalam al-Quran, mereka akan meyakini bahawa al-Quran sebenarnya datang daripada Allah. Saya telah memberikan banyak contoh berhubung perkara ini dan sesiapa yang membaca kitab tafsir ini (iaitu al-Asas fit Tafsir) dia akan memahaminya secara yang lebih jelas."



Dalam Tafsir al-Azhar pula Hamka berkata, "Dalam ayat ini dinyatakan bahawa al-Quran ini kian lama kian nyata kebenarannya. Bukti kebenaran itu akan muncul di segenap penjuru bahkan pada diri mereka (manusia) sendiri. Mungkin beberapa perkara yang diterangkan Quran tatkala ia mula diturunkan belum difahami tetapi kelak (ketika zaman berubah) dan otak manusia menjadi (semakin maju) akan nampaklah kebenaran itu. Sudah 14 abad Quran diturunkan dan semakin berkembang pengetahuan manusia tentang alam (semakin) bersinarlah rahsia kebenaran Quran."



Justeru, ayat ini merupakan jambatan antara sains dan Quran. Ia mengisyaratkan bahawa penemuan-penemuan sains masa kini yang berkaitan dengan alam dan manusia akan menampakkan, tanpa ragu-ragu lagi, kebenaran al-Quran. Yang penting ialah kajian sains yang dilakukan mestilah merupakan suatu kajian yang sahih dan ayat al-Quran yang hendak ditafsirkan mestilah merupakan satu ayat yang boleh dikaitkan dengannya, selepas merujuk kepada tafsiran yang muktabar. Justeru, penemuan-penemuan sains masa kini boleh dimanfaatkan untuk memahami ayat-ayat tertentu dalam al-Quran.



http://www.iluvislam.com/
http://www.danialzainalabidin.com/

Editor: almusafirq8

Saturday, January 9, 2010

Sahabat

Hari itu,dua orang sahabat baik mengembara meninggalkan kampung mereka bagi mencari tempat yang lebih makmur untuk memulakan penghidupan baru. Setelah sehari berjalan,tiba-tiba tercetus perselisihan faham antara dua sahabat itu ketika mereka sampai di sebuah persimpangan.

Sahabat pertama,yang besar dan tegap tubuhnya,tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju supaya mereka mengambil simpang ke kiri. Sahabat yang ditampar tadi,terkejut. Dia tidak menyangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian.

Air matanya bergenang. Sahabat yang kurus dan kecil badannya itu termenung seketika. Dia mengambil sebatang kayu,lalu memandang ke tanah.

'HARI INI SAHABATKU TELAH MENAMPAR PIPIKU',tulisnya di atas pasir tempatnya berdiri.

Mereka terus berjalan meredah hutan dan bukit,hinggalah sampai di sebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu-batu besar. Dua sahabat itu meneguk air sungai tersebut dan kemudian,mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.

Entah bagaimana,tiba-tiba sahabat yang berbadan kecil dan kurus itu tergelincir dari batu tempatnya berdiri, lalu dihanyutkan arus sungai yang deras. Hampir sahaja sahabat ini lemas. Tetapi dia bernasib baik kerana sahabat yang berbadan besar serta tegap, berjaya menyelamatkannya.

Di atas tebing yang dipenuhi batu-batu besar itu,sahabat yang berbadan kurus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya. Kemudian,dia menulis pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut dengan perkataan, 'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU'

Sahabat yang bertubuh besar itu terpinga-pinga. Dia bertanya, ''Selepas aku menampar mukamu,kau tulis di atas pasir. Sekarang,selepas aku selamatkan kau daripada lemas,kau tulis pula di atas batu. Kenapa?''

Jawab sahabat yang bertubuh kecil, "Apabila seseorang melukakan hati kita,catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita,nukilkannya di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya."