Saturday, January 30, 2010

PMGanu Punye Citer


Uih..lame btol aku x cite pape lam post2 ak dlm blog nieh..
Biase kalu update pn asik duk tulis artikel jerk..
tulis lak cam ayat skema2 gtu lak 2..
aduix..

Smentare tgh adop modal lg nk uat artikel bru ni., aku ase nk nulis dlm label whine ni lak aa skali..
Nk tulis je nape2 p0m.. share2 cite ke.. Ikut suke aa..
Name pn dh 'listen to my whine'.. Bleh j la ak nk tulis ape p0m yg ak suke cni op..
xD

FYI,ak bru jer balik drpd UMT, bru j abes kem PMGanu 2..bru j dlm 3 jam lbih gtu..
3 ari dh ak duk lepak sane.. maknenye dh 3 ari aa ak x on9..
2r ak snyap j or..msj x bls,c0l x agkat,..uiks..
Dh nk wat gane,jdual kem 2 ktat gle..fix lak 2..nk blas mesej pn xde can..

Tp wlau ape p0n, kem 2 besz gak aa bg ak kot..
Bnyak g0p la yg ak blaja kat sane..kre cam x rugi r ak join g0p..
Dpt kwn2 bru lg..kre ak enjoy g0p la kat sane e..
cam 'Abg K' ckp g0p la..marvellous eh? haha..

Dr skul ak,ade la dlm 5 org dr sek2 nieh yg join same..laki aa,puan xau la..
Ak,dwa,tok,kdin ngn mat top la 2..dah la g ngan 1 kete je blake..
Tp kitorg x la duk lam 1 grup bile dh reg sane..sume dh campur abis ngn bdk2 laen..
Ak dletakkn lam blik 113,skali ngn najib,razi dll..(kwn2 bru ak la 2)

sek2 skoloh sheikh..kdin ngn mat top g mane au..

Pastu,lam grup utk LDK lak,ak duk lam grup 8,skali ngn tok,n safwan..(kwn bru lg)
bdk2 puan lak mmg ak x knal sorg aa..name pn igt2 lupe..hua3..fatin,jannah,ajie dll..
tp yg plg bes lam grup ak,msti aa abg fasilitator kitorg..
yg 'Besar Punye'...Abg Syukur r 2...hehe..s0ri bg..guraw jerk..
tp mmg bez p0m ad abg syukur ni..syok j dgr crite2 2..huhuk..mcm2..
tp mmg frenly abis la..mmg ak respek r..

Mgenai xtvt kat kem ni lak,ak rase pngisian yg diorg wat mmg bgus a..
sbb tiap2 xtvt 2 ade aim n resolusi yg bgus..
wlaupun jdual agak pdat n memenatkan,tp xde hal sgt la 2..
lagip0m mmg biase kt kem2 jdual pdat cmni op..
bese la 2..

Overall,ak puas ati la join PMGanu ni..
1st batch lak 2 kat ganu..
mmg njoy..
drpd ak duk dumh x wat pape,nsib baik r ak join..
x r nanti mati kbosanan kat umah..
hahak..

kpd sume geng2 bru aku kat sane 2,kontek2 r skali skale..
jgn wt snyap gtu j..x besh ah op..
nk2 grup mate 'ukm kumbang' ak 2..
haha...


keyh..tu je..
Sekian...



-aku-

Sunday, January 24, 2010

Wahai Pencinta Sejarah


Trivia Perang Salib (Crusade War)



Assalamualaikum..


"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it" - George Santayana.
(tenx 2 buku teks sejarah f5..hehe..)


Post kali ni aku nak sentuh sal Perang Salib lak, sebab ade kaitan gop ngan sejarah perkembangan Islam pada sekitar kurun ke-11 hingge kurun ke-13 masihi..(lame 2..)

Post kali ni hanye sebagai info sejarah yg penting yg mungkin kite nk tahu serba sedikit sbg umat Islam. Ak tau mungkin korang rase bosan nak bace sume ni,tapi ak tulis gak utk org2 yg nak tau je.







Perang Salib (juga dikenali sbg The Crusade War,atau kadang2 dirujuk sbg Holy Wars),merupakan siri peperangan yg dipengaruhi keagamaan serta politik pada abad ke-11 hingga abad ke-13 tu,iaitu bleh dikatakan pade masa Zaman Pertengahan jgk la kat Eropah. Tujuan asal tentera salib ni adalah untuk menawan Jerusalem (yakni Baitulmaqdis) dari orang Islam,selain matlamat sampingan yg lain,spt menawan Kota Constantinople (yakni Istanbul skrg ni) dll.

Disebabkn peristiwe Perang Salib ni berlaku untuk satu tempoh yg agak lame,iaitu memakan mase lebih kurang 200 tahun, jadi ade banyak siri peperangan yang berlarutan brmula dari Perang Salib Pertame hingge yg terakhir..Sumenye berlaku dlm tempoh hampir 2 abad tu.

Umumnye, semua rentetan siri Perang Salib berlaku dlm tempoh mase pemerintahan fasa ke-2 kerajaan Bani Abbasiyah (847-1194M) hingge pada zaman pemerintahan awal kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah,yakni bermula dari Perang Salib Pertama (1095-1099M) hingge ke Perang Nicolopolis (1396M),yg dikatakan sbg Perang Salib yg terakhir dlm sejarah.

Dalam siri Perang Salib,terdapat beberapa Perang Salib yg utama serta terkenal dlm sejarah. Contohnye ialah Perang Salib Pertama (1095-1099M) dan Perang Salib Ketiga (1187-1192M).

Perang Salib Pertama


Perang ni bleh la dikatekan berlaku antara pihak Turki Seljuk dan Rom Timur (Byzantine/Byzantium). Hal ni bermule apabila pemerintah Byzantium,Maharaja Alexius 1 meminta pertolongan dari Paus untuk melindungi empayarnye daripada Turki Seljuk. Tentera salib kemudiannya berkumpul di Constantinople untuk membantu Rom Timur melawan bangsa Seljuk.

Pada 4 Jun 1097,tentera salib telah berjaya menakluki ibu kota Seljuk menyebabkan tentera pimpinan Sultan Qilij Arsalan kalah teruk. Kemudian,tentera salib bergerak pula ke Antioch dan berbulan2 mengepungnye. Gabenor Antioch, Yaghisian akhirnya berjaya mengusir kaum Ortodoks Timur dan meminta bantuan Syria untuk mengusir tentera salib lak.

Pastu,Syria pun datang la tolong. Tentera Syria telah bertindak mengepung tentera salib supaya dop dapat makanan dari luar. Walaupun strategi nih berjaya,tapi tentera salib tetap berjaya menguasai Antioch. Then,tentera salib ni tawan lak Ma'araat al-Nu'man pada Disember 1098. Tentera salib ni sebenornye sebelum tu dah kene hasut dek kepercayaan bahawa jika bunuh org Islam mereka masuk syurga oleh pihak Vatican (celake sungguh)..Sebab tu la diorang bunuh ramai org Islam kat sane.

Peristiwe terpenting dlm perang ni ialah apabila tentera salib berjaya menguasai Baitulmaqdis pd 5 Julai 1099M. Peristiwa kejatuhan Baitulmaqdis ke tangan tentera salib ni amatlah menyayat hati serta dop dapat dilupakan umat Islam. Sebabnye ialah tentera salib telah bertindak kejam dengan membunuh hampir kesemua org Islam,termasuk wanita,org tua dan kanak2 ketika kota tu ditawan mereka. Begitu kejam sekali tentera salib ni terhadap org Islam. Mmg gile aa,dop berhati perut. FYI.,mereka telah dikatakan mengganas di situ selame seminggu dan telah membunuh lebih 100,000 org Islam serta melemparkan mayat mereka ke dalam api. Masya-Allah..

Perang Salib Ketiga




Perang Salib Ketiga ni berlaku dlm tahun 1187M hingga 1192M. Oleh sebab Perang Hittin (perang di antara Salahuddin al-Ayubi dan tentera Salib pimpinan Birnis) tercetus pada 4 Julai 1187,maka ia dianggap sebahagian daripada rentetan Perang Salib Ketiga,kerana Perang salib Ketiga telah dicatatkan berlaku bermula daripada tahun 1187M hingga 1192M. Salahuddin al-Ayubi telah memimpin pasukan tentera Islam mengalahkan tentera salib di Hittin pada 4 Julai 1187,di mana kemenangan ni telah kemudiannya membawa kepada satu lagi kejayaan besar seterusnya,iaitu tertawannya semula Kota Baitulmaqdis ke tgn org Islam pd 15 Oktober 1187M, yg mane turut diterajui oleh tokoh Salahuddin al-Ayubi. Perang Hittin ni telah digambarkan dlm filem Kingdom of Heaven (2005).

Peristiwe jatuhnya Kota Baitulmaqdis ke tgn umat Islam ni amatlah terkesan kpd pihak tentera salib ketika itu,
bukan kerana kekalahan mereka saje,tapi disebabkan kagum dgn ketokohan yg ditunjukkan oleh Salahuddin al-Ayubi tu sendirik. Hal ini adalah kerana,ketika tentera salib menawan Baitulmaqdis pada 1099M dulu,mereka telah bersikap kejam terhadap org Islam di sana dgn membunuh hampir keseluruhan org2 Islam dgn zalimnya. Namun,apabila Salahuddin al-Ayubi menawan kembali kota tu,tiada seorang pun org kristian yg dibunuh. Sebaliknya,mereka telah dibebaskan dgn selamat serta dilayan dgn baik oleh tentera Islam.

Dalam Perang Salib Ketiga ni jgk beberapa siri peperangan yg lain dipimpin oleh beberapa pemimpin Eropah,seperti Phillip II,Richard I dan Frederick I. Paling terkenal antara mereka sudah tentulah Raja England,Richard I,yang turut dikenali dgn nama Richard the Lionheart,kerana keberaniannya dlm perang2 yg seterusnya dlm usaha menawan kembali Baitulmaqdis


Richard The Lionheart

Demikianlah serba sedikit fakta pasal Perang Salib ni. Wallahua'lam..

Fakta menarik : Baitulmaqdis jatuh ke tangan tentera salib pada 5 Julai 1099M. Manakala tentera Islam pula berjaya menawannya kembali pada 15 Oktober 1187,selepas 88 tahun dikuasai tentera salib. Kedua2nya berlaku pada hari Jumaat


-aku-

Friday, January 22, 2010

Untuk Pembaca Matang Sahaja



Sebagai seorang lelaki yang waras,aku pasti akan rasa malu kalau tengok ade daripada kalangan kaum ak sendiri wat kije yang tak senonoh. Sebagai manusia secara amnya,kita dilengkapi dengan fitrah suka kepada kebaikan,dan membenci perkara2 yang tak baik.

Tapi aku rase pelik yang teramat bila terbaca satu laporan dalam surat khabar baru2 ni,tentang sebuah kumpulan "hak asasi manusia" kat Jakarta nu yang dikenali dengan nama "Institut Perempuan". Kumpulan ini menempelak usul mendakwa empat penari kerana memperagakan tarian seksi di Bandung pada sambutan tahun baru hari tu.

Pengarah institut tu,Elin Rozana,dilaporkan sebagai berkata, "Kami kesal undang2 anti pornografi dilaksana kerana ia menganaktiri* wanita."

Kejap2.,*Menganaktiri wanita? Apa tu? Adakah dengan menjaga maruah wanita daripada tergadai melalui aktiviti yang tak senonoh seperti pornografi,"stripping" dll tu dikira sebagai 'menganak tirikan'?

Sebagai seorang wanita,tidak kira Islam atau tak,dan lebih2 lagi jika Islam,mestilah menjaga kehormatan diri masing2,dan seharusnya tak suka jika kesuciannya dicemarkan melalui apapun. Bagi aku dan orang2 yang waras,aku rasa benda2 porno ni sangat menjatuhkan maruah dan mencemarkan kehormatan diri.

Dalam Islam,semua lelaki dan wanita diwajibkan menjaga batas2 aurat masing2. Hal ini bertujuan untuk menjaga maruah diri manusia serta kehormatannya,di samping mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah maksiat.

Jadi,bagi aku,aku rase isu ni tak sepatutnya timbul. Jika undang2 anti pornogarafi yang dilaksanakan dianggap sebagai 'menganak tirikan',maka aku rasa agak susah untuk diterima. Perlu ditegaskan,hak asasi manusia bukanlah bermaksud kebebasan secara total. Ia tidak bermaksud atas nama hak asasi manusia,kita boleh buat sesuka hati kita. Senang la kalu gitu.

Zaman sekarang ni,terdapat banyak pertubuhan yang mana perjuangan mereka bertunjangkan kepada 'hak asasi manusia', ditubuhkan di negara2 seluruh dunia. Contohnya ialah seperti Amnesty International,Human Rights Watch,European Court of Human Right dan lain2. Kebanyakannya memperjuangkan agenda2 berdasarkan keadilan ke atas setiap individu serta berdasarkan hak2 tertentu yang dimiliki oleh setiap orang yang bergelar manusia.Pada dasarnya,semua ni bagus kerana ia menjaga hak serta keadilan terhadap individu.

Walau bagaimanapun,disebabkan hak asasi adalah suatu perkara yang tak boleh dinafikan,seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara,serta Perisytiharan Hak Asasi manusia Sejagat (UDHR) oleh Pertubuhan Bangsa2 Bersatu (UN),ada pihak telah mengambil kesempatan dengan menyalahgunakan perkataan 'hak asasi manusia' itu untuk menghalalkan sesuatu yang berlawanan dengan Sunnatullah serta fitrah manusia. Contohnya adalah seperti menghalalkan perkahwinan sejenis,yang mana ia jelas melawan fitrah manusia dan Hukum Allah. Aku juga berpendapat kes 'Institut Perempuan' ni juga merupakan salah satu daripada contoh penyalahgunaannya.

Berbalik kepada kes tadi, jika dirujuk kepada Kamus Pelajar,hak asasi (basic right) membawa maksud 'hak yang dasar',yakni hak yang asas bagi manusia. Jadi,adakah berbogel di khalayak tu satu hak yang asas bagi manusia? Adakah pornografi tu satu hak yang asas bagi manusia? Adakah berkelakuan tidak senonoh tu satu hak yang asas bagi manusia? Jawapannya tentulah tidak! Kerana jika ya,tidak mustahil satu hari nanti,hanya atas alasan kononnya memperjuangkan 'hak asasi manusia',manusia akan dibenarkan bertelanjang bulat di khalayak ramai, dibenarkan menjadi pelacur yang sah di sisi undang2 kerajaan (siap ade slip gaji lagi),dibenarkan penayangan filem2 porno di cinema2,dan dibenarkan berkelakuan tidak senonoh merata-rata,xyah cover-cover. Haa,boleh bayangkan tak? Hahaa..


Kesimpulannya:

1. Kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadis.

2. Jangan lawan fitrah.


-aku-

Tuesday, January 19, 2010

Mesir Dah Tak Waras Agaknye..




Menyedihkan,tapi ni lah hakikatnye. Mesir,sebuah negara Islam yang letaknye berjiran ngan Libya,Sudan,Arab Saudi,Palestin,dan banyak negare Islam lain secara terang-terangan bersekongkol dengan si celake Israel dalam menzalimi penduduk Islam di Palestin. Terbaru,pihak Mesir telah bertindak menyekat bantuan kemanusiaan 'Viva Palestina' (panjang umur Palestin) ke Palestin,27 Disember lalu.

Hanye selepas berlaku pertempuran dengan polis pencegah rusuhan Mesir dan ade yang ditangkap,barulah konvoi bantuan kemanusiaan ni dibenarkan masuk ke Gaza. Tu pun lepas macam2 masalah yang dicetuskan negara Arab seperti Jordan dan Mesir sendiri,serta berbagai-bagai sekatan yang dikenakan Mesir.

Sebenarnye,konvoi kemanusiaan ni bermula lebih sebulan dah,yakni 5 Disember,dari kota London dan dirancang dapat masuk ke Gaza pada 27 Disember,sebagai memperingati ulang tahun pertama serangan si celaka Israel ke atas rakyat Palestin,yang menyebabkan 1400 nyawa rakyat Palestin melayang serta pelbagai kemusnahan lain.



Konvoi Kemanusiaan 'Viva Palestina'

Tapi disebabkan tindak tanduk Mesir yang menyekat itu dan ini,rombongan ni hanya dibenar masuk pada 7 Januari lalu,iaitu selepas dekat2 sebulan dah konvoi dimulakan. Untuk pengetahuan,konvoi ni mencipta sejarah kerana ni lah pertama kali bantuan kemanusiaan,dari 42 negara dan melibatkan 210 trak sarat dengan bekalan,dibenarkan masuk ke Gaza. Sedih btol.

Ak tau bunyinya macam agak kejam,tapi ni la realitinya. Perbuatan biadap Mesir ni,walaupun telah dikritik hebat,tetap sukar dipercayai,apa lagi dimaafkan. Apa sebenarnya motif pihak Mesir ni pun,kurang pasti lak,sampai sanggup menganiaya saudara seagama sendiri. Bila difikirkan,Mesir ni seolah-olah menjadi pengkhianat lak,mengkhianati Palestin yang menjadi jirannya,mengkhianati penduduk Palestin yang rata-ratanya beragama Islam,dan mengkhianati kepercayaan dunia Islam terhadapnya yang mengharapkan Mesir membela nasib penduduk Palestin yang dizalimi si celaka Israel serta sekutunya Amerika. Macam mane ntah Mesir ni bleh berkawan ngan Israel si celaka tu aa? Apa yang difikirkannya? Teruk betul.

Hari tu,Mesir ni dilaporkan lak nak bina dinding besi kat bawah tanah,bagi menghalang penduduk Gaza buat terowong bawah tanah menyeberangi sempadan kedua-dua negara. Melampau betul la. Tak sian ke kat penduduk Gaza tu? Dah la kena bom sana sini,bantuan makanan dan keperluan payah sekali nak dapat,pastu nak sekat lak terowong bawah tanah,laluan yang menjadi sumber kemasukan bekalan makanan dari luar.. Kejam sungguh..

Kalau kite ingat balik sejarah dulu,Mesir ni merupakan sebuah negara Islam yang kuat,disegani musuh2 Islam,serta disanjung tinggi kerajaan Islam lain kerana peranannya. Zaman Kerajaan Islam di Mesir pada zaman pemerintahan bani Abbasiyah dulu telah membuktikannya,dengan peranan Sultan Saifuddin Qutuz yang memenangi peperangan menentang tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan,serta peranan tokoh Sultan Salahuddin al-Ayubi menentang tentera Salib dalam Perang Salib di Hittin pada tahun 1187. Zaman Abbasiyah di Mesir amatlah dikagumi kerana telah membawa pembaharuan kepada perkembangan Islam serta ilmu pengetahuan.Hal ini seterusnya telah menjadi titik tolak kepada kelahiran ramai ilmuan Islam terkemuka seperti Al-Razi,Ibnu Sina dan Al-Khawarizmi pada zamannya.

Pendek kata,Mesir dulu banyak menyumbang kepada perkembangan tamadun Islam serta disegani musuh2 Islam kerana keberaniannya membela nasib negara2 Islam lain.Sebagai contoh,ketika Baghdad ditawan tentera Mongol oleh Hulagu Khan pada tahun 1258, Kerajaan Islam Mesir telah membantu menuntut bela dengan menumpaskan musuh Islam itu kemudiannya,iaitu pada tahun 1260 di bawah pimpinan sultan Mesir itu sendiri,iaitu Sultan Saifuddin Qutuz. Pada zaman Salahuddin al-Ayubi lak,Baitulmaqdis berjaya ditawan semula dari pemerintah Kristian ketika itu,Guy de Lusignan pada tahun 1187. Ni sume menunjukkan bahawa suatu masa dulu,Mesir pernah menjadi pembela kepada umat Islam serta kerajaan Islam yang lain.

Tapi sekarang,Mesir lak yang jadi penghalang utama kepada kerajaan Islam yang dizalimi,Palestin. Bukan saje tak tolong,tapi siap bleh sekat lagi bantuan dari masuk.Siap bleh bersekongkol lagi ngan si celaka Israel lak tu,a.k.a. puak Yahudi yang terang2 menentang Islam.Mungkin gak sume ni kesan daripada Perjanjian Camp David dulu tu kot,tapi tak tau la jugak. Mungkin ada perjanjian lain yang dimeterai antara Mesir ngan si celaka Israel tu.Walau ape pun, mesti ade pape yang mendorong Mesir sampai sanggup wat gini,dan aku x peduli nape pun alasan dia. Walau ape pun alasan Mesir,dia tetap tak patut bertindak gini.

Sepatutnya,peristiwa pembunuhan pemimpin Mesir terdahulu pada 1981,yakni Anwar Sadat,yang bertanggungjawab menjalinkan rundingan dengan si celaka Israel dijadikan iktibar oleh Mesir supaya sentiasa berhati-hati dan meletakkan kepentingan Islam mendahului yang lain.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Tolonglah saudaramu,baik ia orang yang zalim,mahupun yang dizalimi. Seorang sahabat bertanya, ''wahai Rasulullah,kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi,tetapi bagaimana untuk kami menolong orang yang zalim? Nabi menjawab: "Kamu tegahlah ia dari melakukan kezaliman."

-aku-

Saturday, January 16, 2010

Al-Quran Dan Sains


Sains dan al-Quran tidak dapat dipisahkan. Walau bagaimanapun al-Quran bukannya sebuah buku sains. Ia adalah wahyu Allah. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk agar manusia dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil. Walau bagaimanapun terdapat dalamnya ayat-ayat yang menceritakan tentang kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena yang berkaitan dengannya.


Sains ialah penemuan berdasarkan cerapan dan kajian yang dilakukan oleh manusia. Secara dasarnya, penemuan yang sahih tentang alam tidak akan bercanggah dengan al-Quran. Hal ini disebabkan al-Quran dan alam datang daripada Allah: al-Quran diturunkan oleh Allah dan alam dicipta oleh Allah. Kedua-duanya adalah daripada Allah. Justeru, hubungan antara kedua-duanya adalah suatu hubungan yang harmonis.



Antara ayat al-Quran yang menjelaskan tentang hubungan ini ialah ayat 53 dalam surah Fussilat yang bermaksud, "Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar."



Ada ulama yang mentafsirkan ayat ini secara yang berbeza sedikit. Bagi mereka ayat ini bermaksud, "Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa Islam itu benar."



Walau bagaimanapun, dalam kitab Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata, "(Allah) akan tunjukkan bukti-bukti serta dalil-dalil di alam ini yang menunjukkan bahawa al-Quran ini adalah benar." Untuk menerokai dan mengeluarkan bukti serta dalil daripada alam, sains diperlukan.



Seterusnya, berhubung dengan firman Allah yang bermaksud, "Dan pada diri mereka sendiri," Imam Ibn Kathir berkata, "Berkemungkinan yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah apa yang terdapat dalam tubuh badan manusia yang menakjubkan, sebagaimana yang dapat dilihat dalam ilmu tasyrih (anatomi). Kesemua ini akan menampakkan kebijaksanaan Yang Maha Pencipta." Untuk mengenali organ serta memahami sistem yang terdapat dalam tubuh manusia, sains juga diperlukan.




Konklusi yang dibuat as-Syeikh Said Hawa berhubung ayat ini amat menarik sekali. Dalam al-Asas fit Tafsir beliau berkata, "Dalam buku saya bertajuk ‘Ar-Rasul' saya membuktikan bagaimana Allah menunaikan janjinya yang terdapat dalam ayat ini. Jika manusia melihat kepada segenap penjuru alam dan diri mereka sendiri, mereka akan melihat sesuatu yang membenarkan al-Quran. Apabila apa yang mereka lihat itu dikaitkan dengan apa yang terdapat dalam al-Quran, mereka akan meyakini bahawa al-Quran sebenarnya datang daripada Allah. Saya telah memberikan banyak contoh berhubung perkara ini dan sesiapa yang membaca kitab tafsir ini (iaitu al-Asas fit Tafsir) dia akan memahaminya secara yang lebih jelas."



Dalam Tafsir al-Azhar pula Hamka berkata, "Dalam ayat ini dinyatakan bahawa al-Quran ini kian lama kian nyata kebenarannya. Bukti kebenaran itu akan muncul di segenap penjuru bahkan pada diri mereka (manusia) sendiri. Mungkin beberapa perkara yang diterangkan Quran tatkala ia mula diturunkan belum difahami tetapi kelak (ketika zaman berubah) dan otak manusia menjadi (semakin maju) akan nampaklah kebenaran itu. Sudah 14 abad Quran diturunkan dan semakin berkembang pengetahuan manusia tentang alam (semakin) bersinarlah rahsia kebenaran Quran."



Justeru, ayat ini merupakan jambatan antara sains dan Quran. Ia mengisyaratkan bahawa penemuan-penemuan sains masa kini yang berkaitan dengan alam dan manusia akan menampakkan, tanpa ragu-ragu lagi, kebenaran al-Quran. Yang penting ialah kajian sains yang dilakukan mestilah merupakan suatu kajian yang sahih dan ayat al-Quran yang hendak ditafsirkan mestilah merupakan satu ayat yang boleh dikaitkan dengannya, selepas merujuk kepada tafsiran yang muktabar. Justeru, penemuan-penemuan sains masa kini boleh dimanfaatkan untuk memahami ayat-ayat tertentu dalam al-Quran.



http://www.iluvislam.com/
http://www.danialzainalabidin.com/

Editor: almusafirq8

You Should Have Resisted




It started off with just a simple greeting,


A simple smile, A simple reason,

It was nothing your nafs whispered,

Just an ordinary conversation between two pals,

Then he started to ask about your personal hobbies,

Personal favorites,

He started showing care for you,



Oh yes, you resisted at first,

It was nothing you kept on repeating,

But your nafs kept on insisting,

You began to accept,

Little by little,

Until your dreams and thoughts were filled with fantasies,

Filled with insecure lullabies,

It was nothing you kept on reminding,

The day came when you did not realize,

You were holding hands,

Sharing jokes and laughter,

Teasing and wishing every occasion,



Oh yes, You did not resist,

It was nothing you kept securing yourself,

Excuses kept getting better,

Self-justifications wandered off nowhere to be seen,

Because once you give in,

Once you fall in,

It’s hard to get out,

It’s difficult to fall out,

It’s too late…..

You should just have resisted.


From www.iluvislam.com

Friday, January 15, 2010

Pergi

Sayu terpisah


hikayat indah kini hanya tinggal sejarah

berhembus angin rindu

begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini

bagaikan tiada henti

kaulah laguku kau irama terindah

tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

sepi tanpa kata

terdiam dan kaku tak daya kau kulupa

apa pun kata mereka

biarkan kenangan berbunga di ranting usia


Recommended by Cucu Ali

Saturday, January 9, 2010

Sahabat

Hari itu,dua orang sahabat baik mengembara meninggalkan kampung mereka bagi mencari tempat yang lebih makmur untuk memulakan penghidupan baru. Setelah sehari berjalan,tiba-tiba tercetus perselisihan faham antara dua sahabat itu ketika mereka sampai di sebuah persimpangan.

Sahabat pertama,yang besar dan tegap tubuhnya,tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju supaya mereka mengambil simpang ke kiri. Sahabat yang ditampar tadi,terkejut. Dia tidak menyangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian.

Air matanya bergenang. Sahabat yang kurus dan kecil badannya itu termenung seketika. Dia mengambil sebatang kayu,lalu memandang ke tanah.

'HARI INI SAHABATKU TELAH MENAMPAR PIPIKU',tulisnya di atas pasir tempatnya berdiri.

Mereka terus berjalan meredah hutan dan bukit,hinggalah sampai di sebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu-batu besar. Dua sahabat itu meneguk air sungai tersebut dan kemudian,mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.

Entah bagaimana,tiba-tiba sahabat yang berbadan kecil dan kurus itu tergelincir dari batu tempatnya berdiri, lalu dihanyutkan arus sungai yang deras. Hampir sahaja sahabat ini lemas. Tetapi dia bernasib baik kerana sahabat yang berbadan besar serta tegap, berjaya menyelamatkannya.

Di atas tebing yang dipenuhi batu-batu besar itu,sahabat yang berbadan kurus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya. Kemudian,dia menulis pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut dengan perkataan, 'HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU'

Sahabat yang bertubuh besar itu terpinga-pinga. Dia bertanya, ''Selepas aku menampar mukamu,kau tulis di atas pasir. Sekarang,selepas aku selamatkan kau daripada lemas,kau tulis pula di atas batu. Kenapa?''

Jawab sahabat yang bertubuh kecil, "Apabila seseorang melukakan hati kita,catatkan ia di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita,nukilkannya di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya."

Thursday, January 7, 2010

Care2 Nak Wat Radio

Aku nak share se bende. Mase dulu2,aku wahi gop main mende2 elektronik ni. Kebanyakan barang2 elektronik hok rosak lam umah aku,aku amek ah letak lam bilik aku,.saje wat nyemak..Dulu mase f3,ak wat satu radio kecik duk blakang neck tie aku,jadi aku bleh dengor radio lam klas,mase2 cikgu ngajo ke..,ikut panda ah..Mase bosan2,aku dengor arh radio tu,tapi tak dop orang prasan sebab radio tu duk blakang tie,.n kecik je..Bes plek je..Hahak..

Sebab aku minat main mende2 gini dulu,(leni kurang dah),jadi ak krep gop la surf tenet ngate rawe cari info,lebih2 agi sal radio,sebab aku bajet nak wat lagi mende2 camtu. Jadi,las2,aku jupe gop se info tentang care nak wat radio ngan ringkas plek je..Barang2 ye,nko bleh amek kat dumah korang je,dakyoh beli dakpe..Barang2 ye cam gini la:

1.Razor Blade (pisau cukur)
2.Cat Whisker (cam pin baju,pin ketah orr..)
3.Wayar bese..
4.Pensel kontot (ehehe,pensel hok pendek dah la..)
5.Satu gelung wayar magnet (hok ni kene cari kedai hardware r)
6.Papan ke,kadbod ke,permukaan hok flat la
6.Las skali,of course,earphone la..Radio ni xdop loud speaker eyh..

Ha,kan aku dah kate. Barang2 ye korang bleh amek dumah korang je,kecuali wayar magnet tu je la korang kene cari kat kedai. Lepas dah ade barang2 ye sume,korang wat la,susun la gini:




Korang susun ar jadi cam lam lakaran ni. Yang ''ground'' tu,maksudnye korang kene bumi kan la wayar tu. Klu dop,Insya-Allah dop jadi aa.Aku pun x konfem bakpe,tapi wat je la macam dalam gambo tu. Jangan degil. Hahak..

N se lagi,yang ''detector'' tu la razor blade korang. Mende tu berfungsi nak cari radio signal la. Korang geser2 kan la pensel tu kat razor blade tu,sambil pakai earphone. Makin sensitif razor blade tu,makin banyak frekuensi korang dapat. Jangan lupe,pastikan razor blade tu dipanaskan dulu,cucuh la api sket ke,sampai razor blade tu jadi warne meroh. Tu la wat dye jadi sensitif. Lepas tu,baru sejukkan n sambung dalam litar.

Satu perkare hok spesel pasal radio ni,ye dakyoh paka bateri untuk berfungsi. Sumber tenage ye datang dari radio signal yang ye dapat je. Jadi dakyoh aa gune power supply ntuk idupkan radio ni. Klu korang pasang ngan btol,radio ni kan idup ngan sendiri nye.

Radio jenis ni dipanggil ''foxhole radio'', dan disebabkan keringkasan dan kesenangan nak wat radio ni,mende ni pernah digunekan ketika perang dulu2,ntuk berkomunikasi care senang.

Cam senang je op. Ringkas jerk. Korang wat a dulu skali,klu dop jadi,wat la skali lagi. Bese la,maen mende2 gini bukan skali wat,trus jadi. Ak pun pernah cube tes wat,tapi tak siap kes x de wayar magnet tu. Jadi terbengkalai gitu je la. Piye nak tes,wat la dan kalu jadik,bagi tau kat aku ea..

Sekian.

Wednesday, January 6, 2010

Sinopsis 2009


Januari,2009. Aku telah berjaye menempatkan diriku dalam klas 5a4. Haha..tercapai gak target aku xmboh turun klas..Alhamdulillah..Tapi,oh tidak..Aku didapati sekelas dengan Naqi,Apik,Asif, Kudin..Lami..aiyak..mengucap pnjang aku.Nampaknye hajat aku untuk menjadi baik tahun ni xkan kesampaian,lagi..hmm,rama gop budak 4a4 tahun lepas gi 5a4. Tapi rama la jugak hok gi 5a3,5a5 ngan 5a6. Cawan lak telah naik klas..Sungguh menakjubkan..hehe..Aku,Apik ngan asif telah terpilih gi kem Amazing English kat Peladang Agro Setiu Resort ntuk beberape ari. Kat sane,Faizuddin berjaye mencipte name sebagai pelakon terbaik dan menggondol anugerah berprestij kat sane.Hahak..Bakat yang terpendam..Tahniah2..

Februari,2009.Budak laki klas aku terbahagi kepade 3 klompok,iaitu sek beloh kiri,tengah n kanan. Hok kiri adalah sek hok paling bising,jeng,degil, dan segale hok trux2 r,dan malangnye aku duk lam klompok tu. Hok kanan pulok hok paling jurus,manekale hok tengah,err,sederhane je bising dengan adenye dwa.Haha.
Aku berusahe menjuruskan diri aku dengan cube menjadi pendiam n dop care ke orang lain. Ayu plek je. Hipokrasi2..

Mac,2009.Aku baru saje mendapat lesen motor aku. L pun L la,buleh la tu.Aku stat bawak kriss aku,PCS 8746 gi skoloh dengan banggenye. Yeah,ahaha..Lam klas pulak,aku masih kurang berminat ntuk blajo. Tau dah SPM tahun ni,dah tu,nak wat gane..Kawan2 aku pulak wahi wat hal..Oh yeah,lupe,Cawe masuk sebagai budak baru ke klas ak,dari Johor..Ni sronok ni..ehehe..

April,2009. Aku mule mengumpul buku2 di atas meje,menjadikan aku orang paling kaye dalam klas aku.Kaye ngan buku..Ak pun x paham camne bleh ade banyok buku atas meje aku. Nak kate aku curik,hm,dop gop. Aku kan baik,mane curi..Haha..Yang pasti,bile ade buku kawan2 aku ilang,diorang akan cari aku. Weyy,nape ni..aku x amek ah..

Mei,2009.Exam pertengahan tahun bermule. Disebabkan tabiatku yang ske study las2 minit,akhirnye aku mendapat rezult cukup2 makan je.Hm,xpe la..cawe pulak mule menunjukkan belangnye.Katang2..Kat tempat ak pulak,hipokrasi aku telah memakan diri. Akhirnye ak surrender,dan mule membisingkan klas sket2..Naqi pom dan pandai mapuh orang lening. Apik beng kate ah. Asif pun same je. Kudin dop abes2 ngan Fame ye. Nape nok au..

Jun,2009. Argh..Sampul meje aku carik lagi.Sape punye kije au..Dah la meje aku stat nak runtuh dah..Hancur2..Hm,buku2 aku pulak bertambah2..Macam beranak pulok. Menare tu semakin tinggi dari ari ke ari.Aah,bia je la. Aku berjaye lak mendapatkan dwet dari abah ntuk wat beli helmet baru,SGV ENDLESS,tapi terpakse lak buang dwet wat sambung lesen ku yang mapuh dop lame kemudian.Aduixx..

Ogos,2009. Cawe mule wat hal.Hm,x abes2..Duk mikir trial dekat orh,sket2 aku mule dapat kesedaran. Kadang klu rajen ajop gop Naqi ngan Cawan (bkn Cawe) wat study grup skali skale.
Klas pun makin ari makin banyak. Haziq pulak nampaknye sangat bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnye sebagai Biro Tarbiyyah klas aku. Hehe. Rajen je wat majlis tazkirah. Syaheed pun dah jarang menghilangkan diri. Bagus2..

September,2009. Adop orang prasan ari jadi aku ari ni. Sorang due je.Molek ah,aku pun xmboh kene salut tepung klu ade burfdaebang. Hahak. N trial lak. Kitorang start exam lam dewan. Ase x redi agi,tapi wat je la. Exam kali ni banyak spot ekpom.

Oktober,2009. Menare atas meje aku secare rasminye menjadi menare buku tertinggi di dunie akhirnye.Tinggi,pa Cikgu Zurifah tegur pa. Sampul meje aku lak rabak lagi. Biar arh. Malas orh care. Sek2 ni stat mangat orh study. SPM tinggal kurang sebulan aje lagi.

November,2009. Bulan SPM.Buku2 atas meje aku mule ilang,satu persatu. Kes nak SPM a ni,baru rama stat cari buku. Hm,xpe la,ak dah save ntuk aku. N ak rezab sebab lam ddewan exam,ak duk depan skali. Kanan,Akim. Kiri lak,Yuni.Hm,senyap je la aku.Kacip2..Cam bese,ketah admath mengecewekan..

Disember,2009.SPM tamat jue. Ketah 1 PSI,yang aku jawab 18 minit je pahtu tido,telah menamatkan segale penderitaan aku. Alhamdulillah,akhirnye ku bebas..Hahaha..Lepas amek Yearbook,aku ikut Naqi gi kedai hardware jap( EW),pahtu trus balik. Nak qadha tido lak. Beng kaca ah aku..zzzzzzzzzzz..

-Aku,5A4-

Sinopsis 2008




Januari,2008. Aku diletakkan lam klas 4a5 pade asalnye. Skali pulak ngan Paieh,Brahim,Tahir n Seih klu x silap. Kadang ase rezab gop lam ati kes adop geng,tapi nak wat rane. Redo je la. Abu lak pa ceroh duk suruh aku betang lam klas. Duk kenat ak okmo la sek2 ni. Aduix..

Mac,2008. Cikgu(x igat dh cikgu nde) masuk klas aku n inform sal klas sebeloh(4a4) ade 3 tempat kosong. Cikgu offer r piye nak masuk 4a4. Ah,my chance! Ni r pluang ntuk ak kluar dari klas ni. 4a4 pom ok gop,rama geng aku. Jadik,aku,Paieh ngan Brahim pom join la 4a4,lepas 2 bulan sangkut kat klas 5.

April,2008. Bes gop duk 4a4 ni. Sekurang2 nye ak dakyoh betang lagi. Hahak. Satu ari,lepas balik dari makmal bio,aku prasan ade satu bende duk lam klas aku,sorang2. Setelah diamati,rupe2nye bende itu memperkenalkan dirinye sebagai Cawan. Haha. Budak baru dari SS la,a.k.a. anak Cikgu Hamidah. Baik orangnye,jurus plek je. Cawan turut dikenali sebagai M Nasir lam klas aku. Sekarang,ye lebih dikenali sebagai Eeeek. Dengan adenye Cawan,make btambah riuh la klas aku. Hancur jadiknye. Pengaruh SS kan. Hahak..Dop lame kemudian,sorang lagi budak baru masuk,yakni Jenol dari Imtiaz. Ebat gop ye,1st day masuk dah wat hal. Ebat2. Hmm,gelap sudah mase depan 4a4 nampaknye. Jeng2..

Mei,2008. Aku,Naqi,Cawan ngan beberapa orang lagi ditangkap oleh Cikgu Man dan Cikgu Zenal. Budak2 laki klas aku hok laen berjaye melarikan diri. Bukan mende pun,kes turun ikut tangge orang puan je. Aku lak hampir2 dilempang oleh Cikgu Zenal sebab wat lebih kurang je ngan ye mase ye tengah cakap. Ish2,nyaris btol. Pastu,kitorang meneruskan perjalanan ke bilik SAL untuk EST. Kat bilik SAL,Teacher Wan Rozita mendapat call dari Cikgu Zenal,suruh budak2 laki hok melarikan diri tadi gi jupe ye.Haa,orang hok kene dah tadi dakyoh dah.Haa,baru kacip sorang2. Sib baik adop perkare yang tidak diingini berlaku.

22/5,2008. Aku memberanikan diri kuor kul 2 pagi gi tengok final UEFA,Chelsea lawan Manchester Utd kat kedai makan berhampiran. Walaupun pagi ekgi kene gi skoloh,namun,care nape aku..Kul 5 pagi,final berakhir dengan kekecewaan. Chelsea kaloh penalti, dan dengan pkiran yang kusut,aku balik umah,tido.. Akhirnye,aku terlewat sampai ke sekoloh n guess what? Aku ditahan Cikgu Man. Handsetku dirampas,dan aku dipakse berjalan itik depan perhimpunan. Dengan muke stone,aku pun jalanla jugak,ambik ati..cehh..Bile abis,ak gi jupe Cikgu Adnan pulak ntuk amek balik handset aku tu. Dengan muke sian,pujuk rayu dll,aku akhirnye dapat balik handset aku. Yeahh..Tapi Cikgu Adnan telah bace abes mesej2 aku sebelum ye wi smula handset tu. Aduih..kene lagi..

Jun,2008. Akibat bercampur gaul dengan sek2 ni,aku tidak lagi mempunyai budi pekerti dan nilai2 murni. Koho jeng ade r. Ponteng klas perkare bese. Teacher Laili (cikgu klas) dop cakap nak maroh dah. Ye kate cikgu2 lain duk komplen okmo kat ye sal klas aku duk monteng. Laki puan same jerk. Haih,ape nak jadi..

Ogos,2008. Klas aku ade lawatan bulan ni. Klu x silap 18-21 aribulan rase. Bleh tahan gop r. Tringat lak pristiwe Mu'minah tolak Apix mase kat Lost world of Tambun ari tu. Ade gop orang terkunci dalam tandas mase kat Perak.(piye au orr..)..n,adop orang sesat kat KL..erm..

September,2008. Klas berjalan cam bese. Cume bulan ni kitorang lebih krep monteng klas,pahtu lepak kat surau. Ntah,koho dekat exam,koho rajen lepak. Dop paham,dop paham..

Oktober,2008. Exam akhir tahun start. Kitorang telah berusahe sedaye upaye. Tapi apekan daye..Sebelum exam ari2 kitorang beraye..Skarang,baru rase naye..Hm,ntah nape au yang aku blajo tahun ni,ye..Dakpela,cume arap2 tahun depan dop turun klas je..Huahaha..Naye2..

-Aku,4A4-

Tuesday, January 5, 2010

Kepade kawan2..

Kepade kawan2,de beberape bende hok aku nop kabo sini eh:




1st,kpd sume f5 09 shams hok dop ntar agi buku teks,sile ntar secepat yang mungkin.cg laili suh aku kabo kat korang sumer.cg kate budok f5 tahun ni dop cukup buku tex nop pakai disebabkan rama hok dop ntar lagi.sian plop ak tengok bdk2 2 ari 2 kes dop cukup buku tex ni.gi la tolong diorang.



2nd,piye hok dop bayor lagi dwet PIBG,sile settlekan(termasuk aku sendirik).klu dop,rezult pekse SPM korang akan digantung.maknenye selagi dop bayor,dop leh la rezult tu.biar la dop puah aty pom,terpakse la kene bayor jugok op.



3rd,kepade bdk 5a4(kunyitmas),ace gi survey kat bilik media tu cuti2 ni.banyok ngat barang korang hok korang tinggal situ.buku teks pom banyok.barang2 laen pom ade gop.takut kene buang je,x sayang ke barang2 tu?klu sayang,gi arh ambek derah.kang ilang kang..



4th,kepade bdk2 4a4 08,aku ade jupe link ni,http//:www.4a4crew.weebly.com kat nane la.laman web ni sal klas 4a4 08 la,klas kite dulu 2.website free,simple,ntah pape, n cam dah x aktif je.tp hok penting,ade description la kat sane,termasuk la beberape gambo korang.so,sape2 nak tengok,gi la usha skali.(beng salohkan ak lak ea)



ok da..tu je..cia0w++

Forget-Me-Not


Hey..




Yesterday,on my way to somewhere,I use an alternative route passing my old school. Well,I learned something weird getting on my nerve while passing my old high school left behind. Its new to me to find myself out of the school on school days. Yeah,so odd to have such feelings,but one thing for sure thats begins everything and lasts everything,that I'm an outschool now..Its the start of my new chapter of my life,living an outschool life. I'm off the uniforms,teachers,text books,assembly points,canteen,class, and all the things related to my high school and guess what? Thats all damn so cool!

I'm so excited to find myself off the school where I've been for the past 5 years of my life,a place where I always want to be out of before. It feel more to me,just like a jail cell or a penitentiary to have all the days locked to be spent at school but nowhere,but now I'm damned so free! Well,huh,what to say? Its still hard for me to believe that everything is so real.

Coming back to my pasts,I've spent over all 13 years of my life living in a schooling life,an I only lived for almost 18 years. Thats mean I've spent lots,lots of times schooling and studying basics,and all of these had just last 3 weeks ago,on my last day of SPM. Everythings over,but for sure one thing left from all 13 years of school times that will never last and shall never fades away;the memories..

All the memories will be kept in my mind. The teachers,classes,schools and friends will never be forgotten,but will be ever remembered as it should be.Wherever,whenever,and whoever my friends are,they'll stay just here in my minds,in our minds.To all my friends from all SHAMSIANs batch SPM '09, good luck in your life. Miss you guys~

.:Off The Wall:.

++Hey there..




This is my very own blog,http//:www.outschoolspotted.blogspot.com/,and I'm newly just outta the school life. For instance,I just having my SPM exams off my schedule and so,still celebrating the new incoming chapter in my life. This quite so exciting moment,having my life out OFF THE WALL of the school where I've been for the first 8 years of my life,and yet still too much things to be learned after this.But afterall,as this is the most awaited moment for me,so I'm thinking to do all the things I could never do before this. There is a list of things to do after this,composing from all the activities I wanta run after the SPM,such as:



1.Get my bike updated,(like modifying,fixing,progressing etc.)

2.Finish my reading on a book.

3.Clean my room.

4.Get rid of all the messes.

5.Fulfill all the appointments

6.Get a guitar.

7.Get my blogs and website updated.

8.License.

9.Hang out with my friends all the time.

10....and of course,try to get a job.



I'm still working on these things and hopefully I'll get it all done later.Yeah.